SUNGAI BONGON MELIMPAH

6:24 PTG Edit This 0 Comments »

Kota Marudu : Hujan yang turun sejak dari semalam menyebabkan sungai Bongon melimpah. Beberapa buah Kampung di sekitar sungai ini telah di naiki air.
Pegawai Daerah Kota Marudu, Puan Luvita Koisun berkata beberapa tindakan telah diambil untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Pegawai Daerah juga telah meminta supaya pihak berkuasa menjalankan pemantauan berterusan. Beliau bersama dengan Yang Berhormat, Datuk Maximus seterusnya telah melawat kawasan Kg.Rasak.

BANJIR KOTA MARUDU

6:16 PTG Edit This 0 Comments »

Kelihatan dalam gambar kenderaan 4WD mengharungi banjir. Hanya kenderaan besar yang dapat melalui jalan raya tersebut. Itu pun bergantung dengan keberanian pemandu kenderaan.

BANJIR MELANDA KOTA MARUDU

6:04 PTG Edit This 1 Comment »

Kota Marudu : Yang berhormat Datuk Maximus turun padang melihat kawasan yang dilanda banjir. Beliau bersama beberapa pemimpin tempatan berserta dengan Pegawai Daerah Kota Marudu dan Ketua Polis Daerah Kota Marudu memantau berkembangan banjir di persimpangan jalan Damai. Kelihatan dalam gambar Puan Justina Tuyundo, Ketua Puteri UMNO Kg. Salimandut turut sama.

PEMIMPIN PRIHATIN

4:36 PTG Edit This 1 Comment »

Gambar ini diambil semasa Yang berhormat Datuk Max bersama-sama dengan Pegawai daerah Kota Marudu, Puan Luvita Koisun memantau kawasan yang dilanda banjir pada 03.01.2009.
Beberapa kampung terutama sekali dalam kawasan Tandek telah dinaiki air. Laluan utama yang menghubungkan beberapa kampung seperti Kg.Damai,Kg.Mosolog,Kg.Longob dan Kg.Salimandut telah dinaiki air. Sumber dari Kg. Salimandut menghubungi penulis menyatakan beberapa rumah penduduk kampung telah dinaiki air hingga ke paras lutut. Pihak berkuasa telah mula melakukan proses pemindahan bagi beberapa buah kampung di sepanjang jalan pitas-tandek terutama di Kg. Geruda dan Kg Rasak.
Pegawai Daerah telah menghubungi beberapa pihak bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir tersebut. Yang berhormat juga mengesa supaya beberapa tindakan pemindahan dilakukan dan juga pemantauan berterusan dilakukan. Beliau berharap para mangsa banjir bersabar dan berjanji membantu sekadar yang boleh. Yang Berhormat juga meminta supaya mana-mana kampung yang berisiko dilanda banjir supaya berhati-hati dan sentiasa berkerjasama dengan pihak berkenaan.

19 Sabah students get 9As

3:06 PG Edit This 0 Comments »
Chris Maskilone
KOTA KINABALU: A total of 660 students scored all As in Lower Secondary Assessment (PMR) 2008 in Sabah, an increase of 10.73 per cent compared to last year's 596, said Education Director Datuk Normah Gagoh. She said this year 19 students achieved 9As, while 341 scored 8As and 300 who obtained 7As in State.

BADMINTON SUPER SERIES DI LIKAS

1:30 PG Edit This 0 Comments »

Perlawanan badminton super yang telah diadakan di Likas,Sabah. Ramai pemain-pemain rangking utama dunia yang hadir. Antaranya Datuk Lee Chong Wei, Peter Gade, Taufik Hidayat dan yang lain-lain lagi.
Kejohanan ini telah dimenangi oleh Datuk Lee bagi perseorangan lelaki. Kelihatan dalam gambar pemain Indonesia berjalan masuk ke gelanggang.

SMK KOTA MARUDU: SEKOLAH IMPIAN

10:02 PTG Edit This 1 Comment »

Gambar Bangunan utama ( Blok A) SMK Kota Marudu. Tempat Saya bertugas.

SAMBUTAN TAHUN BARU 2009

1:40 PG Edit This 1 Comment »

Gambar ini di ambil semasa sambutan pertukaran tahun 2008 ke 2009. Sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk kampung.Sambutan ini merupakan satu idea yang baik dalam menyatupadukan dan menguatkan perpaduan di kalangan penduduk kampung. Tahniah diucapkan kepada AJK JKKK Kg Salimandut kerana berjaya melaksanakan satu program yang amat bermakna. SELAMAT TAHUN BARU 2009.

PMR: berjaya atau tidak

12:47 PG Edit This 0 Comments »
Hari ini keputusan PMR keluar. Ramai pelajar lepasan tingkatan 3 yang tidak sabar untuk mengetahui keputusan. Apa pun yang mereka perolehi menjadi penentu kepada masa depan mereka. Saya percaya ramai pelajar telah membuat perancangannya. Ada yang ingin meneruskannya di sekolah asal dan ada juga yang ingin ke sekolah teknik. Tidak kurang juga yang ingin ke MRSM.
Saya percaya juga yang para pelajar ini faham, apa pun keputusan yang mereka perolehi,itulah yang mereka usahakan selama ini. Semakin tekun mereka berusaha semakin baik keputusan yang mereka perolehi. Segala-segala terletak di tangan mereka. Kami guru-guru hanya mampu untuk mendorong,menasihati dan menunjukkan jalan tetapi keputusannya di tangan pelajar semua.
Pasti ramai yang akan menitiskan air mata,sama ada air mata gembira atau sedih, tidak pasti. Ada juga yang sudah berkira-kira untuk menuntut janji ibu bapa kalau sekiranya berjaya.
Ibu bapa atau penjaga turut sama datang untuk mengambil keputusan anak mereka. Pastinya harapan ibu bapa ini sangat tinggi.
Kepada ibu bapa, jangan terlalu emosi apabila melihat keputusan anak-anak. Jangan sampai anak-anak ini merasa seperti tidak berguna atau tidak pandai. Kesalahan itu biarlah dikongsi bersama. Cuba tanya diri sendiri, selama ini, adakah ibu bapa memberi perhatian kepada pelajarannya, adakah ibu bapa memberi tumpuan yang sama?. Tanya diri. Mungkin kita ibu bapa terlalu sibuk dengan mencari wang, semata-mata untuk memenuhi keperluan keluarga tetapi itu bukan alasan. Terimalah semua itu dengan hati terbuka. Jangan menyalahkan sesiapa.
Kami, guru-guru hanya melihat. Kami gembira kalau sekiranya anak didik kami mendapat keputusan yang baik dan kami sedih kalau anak didik kami tidak berjaya. Kami akan berbincang, mencari dan bertanya apa masalahnya sehingga ada yang gagal. Itulah persoalan yang sentiasa menghantui kami. Kami tidak meminta apa-apa sebagai balasan untuk apa yang kami usahakan.Kami hanya minta supaya kami tidak di persalahkan dalam setiap kegagalan anak didik kami. kami sendiri tidak mahu ada yang gagal. Sekuat mana usaha kami kalau sekiranya tidak ada sokongan ibu bapa dan juga dari pelajar sendiri, ia tidak akan berjaya.
Oleh itu, saya mengucapkan tahniah kepada yang berjaya dan teruskan usaha kepada yang gagal, peluang masih ada untuk kamu berjaya.