KERANA TERLALU CERDIK

12:27 PTG Posted In Edit This 1 Comment »
AKHIRNYA DIBUNUH

ANAXAGORAS: lahir sekitar 500 sebelum Masihi (SM) di Clazomenae, Asia Minor. Tokoh astronomi dan matematik Greek ini dihadapkan ke pengadilan kerana mengatakan matahari adalah seketul batu merah yang panas manakala bulan pula dibuat daripada bahan yang sama yang ada di bumi.

Golongan agama pada zaman itu makin marah apabila Anaxagoras mengatakan gerhana dan pelangi adalah logam yang panas menyala-nyala manakala syurga itu terhasil daripada ketulan batu yang tercampak dari bumi ketika ia sedang berputar ligat.

Teori-teori barunya mengenai alam maya ini tidak dapat diterima oleh golongan agama, lalu mereka menekan Anaxagoras supaya menarik balik idea-idea ini. Orang-orang yang rapat dengan ahli astronomi itu diserang bagi tujuan melemahkan semangat Anaxagoras.

Akhirnya, Anaxagoras ditangkap, kemudian dihalau keluar dari Athens. Beliau mati pada 428 SM di Lampsacus.

PROTAGORAS ( 490-420 SM ):
Ahli falsafah Greek ini mengemukakan pelbagai idea baru, paling terkenal ialah teori reletifnya. Antara lain beliau mengatakan manusia adalah ukuran kepada segala-galanya. Kalau benar, benarlah segala-galanya. Kalau salah, salahlah segala-galanya. Pandangan subjektif itu masih boleh diterima masyarakat, tapi apabila beliau mengatakan manusia itu tidak mampu menjelaskan sama ada Tuhan itu wujud atau tidak, golongan agama terus naik angin.

Protagoras lalu ditangkap dan dibicara di Athens atas dakwaan sesat lagi menyesatkan. Tidak cukup dengan itu, bukunya dibakar di depan awam. Cendekiawan tersebut mati apabila kapalnya karam ketika melarikan diri dari Athens.

GALILEO ( 1564 - 1642 )
Beliau dianggap bapa sains moden dan memajukan bidang astronomi sebagai salah satu bidang utama dalam dunia sains. Galileo adalah manusia pertama yang mengkaji teori-teori sains menggunakan kaedah saintifik dan paling klasik, menemukan planet menggunakan teleskop.

Galileo mendapati ada empat butir bulan mengelilingi jupiter dan ini mengukuhkan lagi idea Copernicus tentang alam semesta - matahari adalah pusat cakrawala, bukan bumi. Juga bulan mengelilingi bumi manakala bumi mengelilingi matahari bersama planet-planet lain.

Pihak gereja melenting lagi kerana ia mencabar pegangan mereka bahawa bumilah pusat alam semesta. Akibatnya, Galileo ditangkap lalu dipaksa menandatangani satu dokumen menarik balik idea tersebut. Dia dibawa ke sebuah bilik gelap lalu ditunjukkan alat-alat menakutkan yang digunakan untuk menyeksa tahanan.

"Engkau boleh bayangkan apa yang akan berlaku kalau engkau tak mau tandatangani dokumen ini" kata seorang pegawai agama.

Galileo ketika itu berusia 70 tahun, mendiamkan diri. Dia masih teguh dengan ideanya tapi demi nyawa, terpaksa juga menandatangani dokumen tersebut. Saintis itu kemudian ditahan dalam rumah selama beberapa tahun sehingga meninggal dunia. Bukan itu saja, hajat Galileo untuk dikebumikan di perkuburan keluarganya di Basilica Santa Croce dinafikan oleh gereja.

Hanya pada 1737 barulah keranda yang menyimpan mayatnya dibongkar dari perkuburan di Florence lalu dikebumikan dalam gereja. Pada 31 Oktober 1992, 350 tahun selepas kematiannya, Pope John Paul II membuat kenyataan umum meminta maaf di atas kesilapan yang dilakukan oleh golongan agama terhadap Galileo.

"Kes Galileo sudah berakhir," kata Pope John Paul II tanpa mengaku bahawa adalah salah menghukum Galileo sebagai sesat hanya kerana mengatakan bumi beredar mengelilingi matahari. ( sumber: Mastika )

1 comments:

Gaaman berkata...

teruskan dan luahkan apa-apa je..jangan simpan di dada ilmu-ilmu tu., berbicaralah walau tanpa suara sekalipun.