MEMO PEMBERITAHUAN

12:46 PG Posted In Edit This 0 Comments »
SALAM.. KEPADA PARA TEMAN,SAHABAT DAN PEMBACA BICARA TANPA SUARA, BLOG INI SUDAH DIPINDAHKAN KE http://tomtompinai.blogspot.com . BAGAIMANAPUN, NAMA BLOG MASIH SAMA. PERPINDAHAN INI ADALAH DISEBABKAN OLEH PERKARA YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. SEKIAN

Bicara Tompinai : Beli Satu, percuma satu

9:32 PTG Posted In Edit This 1 Comment »
Ini tagline yang biasa kita lihat atau baca semasa promosi di pasaraya, supermarket dan pusat membeli belah. Mungkin kita tidak terfikir bila tagline ini digunakan sebagai istilah untuk mereka yang berkira-kira untuk memikat seorang wanita yang ada ada anak ( Janda atau balu yang ada anak ). Biasanya ramai dikalangan wanita muda yang menjadi janda samaada ditinggalkan oleh suami ataupun yang meninggalkan suami ataupun lelaki yang telah bercerai atau ditinggalkan. Tidak tahulah apa sebabnya yang pasti hanya mereka ini yang mengetahuinya. Jadi apabila terlintas untuk berkahwin semula maka apa yang bakal dihadapi oleh pasangan mereka haruslah menerima hadiah sampingannya iatu anak2 terdahulu pasangannya. Sebelum membuat keputusan, mesti fikir sedalamnya, takut nanti tidak mampu menerima anak2 tersebut. Jangan hanya ingat untuk memiliki wanita atau lelaki itu saja. Biasanya, sebelum kahwin tu, semua yes, ya saja, ok saja tapi bila sudah kahwin barulah nampak tembalangnya...hes..hes...jauhkanlah bala ini...
Masing2 lah kita fikirkan tagline ini ' dapat satu, percuma satu atau lebih'..

Dj Tom bersama Nazery (Ex-Vocalis Raihan)

1:30 PG Posted In Edit This 2 Comments »

BILA IDEA GILA DIKATAKAN GILA

12:27 PG Posted In Edit This 1 Comment »

Pasti akan timbul satu persoalan...kenapa pula ni...apa lagi yang penulis ini ingin kongsikan... ok, ia berkisar dengan idea yang ditimbulkan oleh seorang sahabat. Dimana sahabat ini telah menghebahkan kepada pelosok kampung yang dia akan membawa seseorg ke tempatnya. Orang yang dibawa oleh sahabat ini bukanla calang-calang orangnya. Seorang artis tempatan yang tersohor. Dipendekkan cerita, artis itu berjaya datang, apa lagi tambah orang kampung cakap, yang sahabat ini memang gila. Idea dan penakulan setiap orang berbeza. Bilamana kita mendapat sesuatu idea, pastikan orang dapat menerima idea itu. Barulah idea itu akan di anggap mantap. Namun pun begitu, kita harus bersikap positif dalam setiap kritikan...

NOTIS: Tarikh Baru Mini Konsert Jelajah Promosi 'Aku Juga Iya' Felix Agus, 26 September 2009. Mini Konsert Jelajah Promosi

7:59 PG Posted In Edit This 0 Comments »
administrator Kusnet

Mini Konsert Jelajah Promosi 'Aku Juga Iya' Felix Agus Kota Marudu yang sepatutnya berlangsung pada 08 Ogos 2009 telah ditunda ke tarikh yang baru iaitu 26 September 2009 8.30 MALAM di DEWAN MASYARAKAT KOTA MARUDU. Perubahan tarikh ini adalah disebabkan oleh wabak H1N1 yang telah menular ke daerah Kota Marudu baru-baru ini. Segala kesulitan adalah amat kami kesali dan tidak disengajakan. Harap maklum.

Pengurus Felix Agus (D'Sulap Entertainment), Jasmin Tarmin telah menghubungi Utara.FM untuk membuat kerjasama dalam urusan promosi dan jualan tiket untuk mini konsert Felix Agus & Friends Jelajah Promosi 'Aku Juga Iya'.

Sumber: Kusnet

PELANCARAN UTARAFM.RADIO NGO ONLINE SABAH.

7:55 PG Posted In Edit This 0 Comments »

Rekod 48 Jam Bersama DJ-DJ Utara.FM

7:49 PG Edit This 0 Comments »
Ditulis oleh Administrator kusnet
Isnin, 10 Ogos 2009 06:12

Utara.FM ingin melakar sejarah tersendiri dalam dunia radio online internet di Sabah dengan menjalankan satu program Mencipta Rekod Bersiaran Tanpa Henti, 48 Jam Bersama DJ Utara.FM yang akan diadakan di Hotel Marudu Inn bermula pada jam 6.00 petang 14 Ogos sehingga 6.00 petang 16 Ogos 2009.

BICARA MALAM, MENGAMIT PERASAAN

9:09 PTG Posted In Edit This 1 Comment »
Kadang kala kita tidak sedar yang kita semakin lama menjadi semakin pelupa. Kita lupa dimana kita dan kita lupa siapa kita. Sedar-sedar, kita telah melangkau memori. Bila mana kita menjadi pelupa?. Bila mana kita menjadi kacang lupakan kulit? Bila??????

Dalam segmen bicara hati di radio, membuatkan kita sedar dari lamunan mimpi. Kita terkejut bila saja mengetahui betapa jauh kita meninggalkan memori itu. Apakah selama ini kita menidakkan kewujudannya? Adakah selama ini, kita tidak mengakui sumbangannya dan apakah selama ini kita melihatnya dari aspek dia salah? Rupanya kita telah menjadi buta oleh keegoan kita, kita menjadi tuli oleh kekerasan hati kita. Kenapa selama ini kita tidak mengakui betapa ia memerhati kita, menjaga kita dan memenuhi segala kecukupan kita.

Dalam segmen bicara malam, kita cuba untuk menyatakan semuanya. meluahkan apa yang sepatutnya telah lama kita akui. Kita mengaku akan kesilapan kita. Namun pada siapa dan dengan siapa?. Yang mendengar sudah lama tiada. Yang tinggal hanya memori indah semasa kecil, sewaktu kita belum mengenal akan dunia ini. Semasa kita belum lagi menjadi pelupa.

Maka, segmen bicara malam menjadi ruang untuk kita meluahkan segalanya, melepaskan segala rasa salah dihati...Ya dengan harapan, jiwa kita akan menjadi tenang....

BICARA YANG MENGOYAHKAN

5:26 PG Posted In Edit This 0 Comments »
Salam untuk semua teman pembaca, sekian lama penulis lambat membuat sebarang entry baru. Ini disebabkan kesibukan dan juga kesesuaian mencari idea yang bernas. Dalam pencarian itu, penulis memperoleh satu topik yang mungkin sesuai untuk kita semua fikirkan iatu BICARA YANG MENGOYAHKAN. Bicara yang bagaimana ? Banyak tapi yang jelas satu saja...Bicara Cinta..

Bicara Cinta ini boleh di kategorikan kepada banyak jenis namun yang paling TOP adalah bicara cinta antara dua hati sepasang kekasih. Cinta ini mampu menimbulkan kesan yang mendalam kehidupan seharian kita. Dan bagi mereka yang sedang bercinta pasti sentiasa ingin mendengar kata-kata ini. Bagi mereka yang melihat cinta ini adalah salah satu daripada elemen untuk hidup, pasti akan sentiasa memastikan cinta itu kekal subur dalam jiwanya.

Jadi dimana kita bila bercakap tentang cinta, adakah kita ini berada pada kedudukan yang mampu mengungkapkan kata cinta itu melalui bicara atau melalui tindakan.? Ada orang mahu melihat cinta itu sentiasa diucapkan dan ada orang mahu cinta itu kelihatan melalui tindakan atau perbuatan. Ada orang akan menganggap seseorang itu kosong kerana tidak melihat cinta pada jiwanya.

Bila Bicara tentang cinta pasti kita akan anggap cinta itu lebih kepada cinta sesama pasangan namun bicara cinta itu luas, cinta terhadap ibu bapa, cinta terhadap keluarga, cinta terhadap pekerjaan, cinta terhadap negara dan 1001 macam lagi. Namun yang pasti bila kita mengungkapkan kata ini, pasti ia akan mengoyahkan jiwa kita...Bicara Cinta sebenarnya mempunyai kuasa mistiknya...kuasa yang tidak mampu ditandingi oleh mana2 kuasa yang ada di dunia ini. Itulah Bicara yg sentiasa mengoyahkan....

BICARA HATI

1:47 PG Posted In Edit This 2 Comments »
Bukan mudah untuk melupakan sesuatu, makin di lupakan makin ia bertambah kuat. percubaan untuk memaafkannya namun tidak berjaya. Rasanya peristiwa hitam itu akan kekal dalam memori.. Ya kadang terfikir untuk bertindak sesuatu yang diluar batas kemanusiaan tapi masih ada sekelumit rasa kasih dalam hati. Cuma hati itu tertanya2 sampai bilakah keadaan ini akan bertahan. Hati ini hanya mampu untuk mengungkapkan kata sabar saja tapi sampai bila sabar itu bertahan. Bila melihat permainan itu terus berlaku maka hati ini fikir pasti akan sampai waktunya bila letusan amarah itu akan berlaku....ya..untuk masa sekarang...lebih baik diam tanpa sebutir kata....biarkan saja hidup ini kekal demi untuk mereka yang disayangi dan yang menyayangi....

BILA BICARA MENJADI SINDIRAN

1:27 PG Posted In Edit This 0 Comments »
Salam...agak lama baru dapat mengupdate blog...ya..terlalu banyak yang perlu diberi perhatian dan juga bebanan dengan tugasan seharian..apapun keinginan untuk membuat catatan dalam blog ini sentiasa ada. Mmmm....dalam masa beberapa minggu ini, banyak aktiviti yang Tompinai sertai dan dalam masa yang sama melihat pelbagai ragam manusia.

Sesungguhnya sukar untuk kita menilai seseorang itu kalau hanya melihat pada luarnya...inilah yang selalu orang lakukan. Suka menilai daripada luaran sahaja, mungkin kerana mereka ini adalah jenis manusia yang malas berfikir...akibatnya parah...

Bila bicara menjadi sindiran....ya...bila kata-kata itu sering menimbulkan kata sindiran yang agak negetif...Bila bicara itu menjadi sindiran, sindiran yang cuba memprovokasi sesuatu...namun ianya hanyalah satu...menghancurkan.

Orang yang suka bertindak seperti ini adalah manusia yang tidak cukup akalnya...kerana manusia ini tidak mampu menerima keberhasilan orang lain...manusia ini ingat hanya dia saja yang boleh buat dan hanya dia sahaja manusia yang sempurna.....

kalaulah sindiran itu digunakan kearah yang membina maka amat bertuahlah orang yang menyindir kerana ia bersifat memberi. Beruntunglah orang yang memberi daripada yang menerima...kata lain...lebih banyak pahala orang yang memberi dengan ikhlas dari pada yang menerima....

KERANA TERLALU CERDIK

12:27 PTG Posted In Edit This 1 Comment »
AKHIRNYA DIBUNUH

ANAXAGORAS: lahir sekitar 500 sebelum Masihi (SM) di Clazomenae, Asia Minor. Tokoh astronomi dan matematik Greek ini dihadapkan ke pengadilan kerana mengatakan matahari adalah seketul batu merah yang panas manakala bulan pula dibuat daripada bahan yang sama yang ada di bumi.

Golongan agama pada zaman itu makin marah apabila Anaxagoras mengatakan gerhana dan pelangi adalah logam yang panas menyala-nyala manakala syurga itu terhasil daripada ketulan batu yang tercampak dari bumi ketika ia sedang berputar ligat.

Teori-teori barunya mengenai alam maya ini tidak dapat diterima oleh golongan agama, lalu mereka menekan Anaxagoras supaya menarik balik idea-idea ini. Orang-orang yang rapat dengan ahli astronomi itu diserang bagi tujuan melemahkan semangat Anaxagoras.

Akhirnya, Anaxagoras ditangkap, kemudian dihalau keluar dari Athens. Beliau mati pada 428 SM di Lampsacus.

PROTAGORAS ( 490-420 SM ):
Ahli falsafah Greek ini mengemukakan pelbagai idea baru, paling terkenal ialah teori reletifnya. Antara lain beliau mengatakan manusia adalah ukuran kepada segala-galanya. Kalau benar, benarlah segala-galanya. Kalau salah, salahlah segala-galanya. Pandangan subjektif itu masih boleh diterima masyarakat, tapi apabila beliau mengatakan manusia itu tidak mampu menjelaskan sama ada Tuhan itu wujud atau tidak, golongan agama terus naik angin.

Protagoras lalu ditangkap dan dibicara di Athens atas dakwaan sesat lagi menyesatkan. Tidak cukup dengan itu, bukunya dibakar di depan awam. Cendekiawan tersebut mati apabila kapalnya karam ketika melarikan diri dari Athens.

GALILEO ( 1564 - 1642 )
Beliau dianggap bapa sains moden dan memajukan bidang astronomi sebagai salah satu bidang utama dalam dunia sains. Galileo adalah manusia pertama yang mengkaji teori-teori sains menggunakan kaedah saintifik dan paling klasik, menemukan planet menggunakan teleskop.

Galileo mendapati ada empat butir bulan mengelilingi jupiter dan ini mengukuhkan lagi idea Copernicus tentang alam semesta - matahari adalah pusat cakrawala, bukan bumi. Juga bulan mengelilingi bumi manakala bumi mengelilingi matahari bersama planet-planet lain.

Pihak gereja melenting lagi kerana ia mencabar pegangan mereka bahawa bumilah pusat alam semesta. Akibatnya, Galileo ditangkap lalu dipaksa menandatangani satu dokumen menarik balik idea tersebut. Dia dibawa ke sebuah bilik gelap lalu ditunjukkan alat-alat menakutkan yang digunakan untuk menyeksa tahanan.

"Engkau boleh bayangkan apa yang akan berlaku kalau engkau tak mau tandatangani dokumen ini" kata seorang pegawai agama.

Galileo ketika itu berusia 70 tahun, mendiamkan diri. Dia masih teguh dengan ideanya tapi demi nyawa, terpaksa juga menandatangani dokumen tersebut. Saintis itu kemudian ditahan dalam rumah selama beberapa tahun sehingga meninggal dunia. Bukan itu saja, hajat Galileo untuk dikebumikan di perkuburan keluarganya di Basilica Santa Croce dinafikan oleh gereja.

Hanya pada 1737 barulah keranda yang menyimpan mayatnya dibongkar dari perkuburan di Florence lalu dikebumikan dalam gereja. Pada 31 Oktober 1992, 350 tahun selepas kematiannya, Pope John Paul II membuat kenyataan umum meminta maaf di atas kesilapan yang dilakukan oleh golongan agama terhadap Galileo.

"Kes Galileo sudah berakhir," kata Pope John Paul II tanpa mengaku bahawa adalah salah menghukum Galileo sebagai sesat hanya kerana mengatakan bumi beredar mengelilingi matahari. ( sumber: Mastika )

BICARA HATI: BICARA PAK TUA

12:40 PG Posted In Edit This 0 Comments »

BICARA PAK TUA

Kata Pak Tua
Hidup ini macam roda
kejap atas
kejap bawah
Tidak menentu
kadang gembira
kadang sedih
Hidup umpama embun pagi
kala matahari muncul
ia akan lenyap
Hidup ini umpama matahari
kadang dipuja
kadang dicaci

Kata Pak Tua
hiduplah seakan kamu akan hidup seratus tahun lagi
beribadahlah seakan esok dunia akan kiamat

Kata Pak Tua
Bukan semuanya akan menjadi milik kita
bersyukurlah kerana pernah memilikinya
Hidup necaya hidup kamu akan bahagia
bila saja kamu memberi kebahagian kepada orang lain

Kata Pak Tua
Jangan biarkan hati kamu buta
jangan biarkan hati kamu keras
ingatlah
Kamu beruntung kerana pernah menyintainya
Kamu beruntung kerana pernah merasa manis dan pahitnya
dan
berbahagialah untuk kamu yang membahagiakan
berbahagialah kamu yang mengerti
apa erti hidup sebenarnya.

BICARA HATI: MATA HATI

11:45 PG Posted In Edit This 0 Comments »
(sekadar gambar hiasan)

MATA HATI

Dunia ku yang berserabut
penuh dengan persoalan
namun
Ku gagahi untuk berdiri
Ku gagahi untuk bernafas
Soalnya kenapa?
Kenapa harus aku mengalaminya?
Kenapa mesti aku yang merasakannya?
Sampai bila?
Sampai bila aku harus menanggungnya?
Sampai bila aku mesti menerimanya?
Aku tidak pasti
dan
Aku tidak tahu
juga
Aku langsung tidak punya jawapan.
Apa lagi yang akan aku hadapi?
Apa lagi jenis permainan mu?
Apa lagi yang kamu mahu
Apakah kamu tidak puas?
Apakah kamu tidak memahaminya?
Mata melihat apa yang berlaku
Mata hati menilai apa yang di lihat.
dalamnya lain
Luarnya lain
yang pasti
Hitam dan putih
pasti
tidak
akan
serasi
SELAMA-LAMANYA
yang tinggal
Hanya
BICARA TANPA SUARA

BICARA HATI: KAMU DAN KAMU.

10:01 PG Posted In Edit This 0 Comments »

(sekadar gambar hiasan)



Adakah kamu setanding dengan saya
Adakah kamu mempunya kekuatan seperti saya
Kamu dan kamu
Jangan suka membandingkan orang
Hak menghakimi
tidak ada pada kita.
Kamu dan kamu,
Saya tidak buta,
Saya tidak pekak
dan
Saya bukannya bodoh.
kamu dan kamu,
persetan dengan janjimu,
celaka dengan sikapmu
pergilah dengan kepura-puraanmu
Kamu dan kamu,
jangan terlalu mendabik dada
jangan terlalu tinggi hati
dan
jangan dikuasai oleh egomu
kelak
nanti kamu
akan tersungkur
tidak bangun lagi.
lalu kamu berkata mana sudah kekuatanku
mana sudah kelebihanku
kenapa hilang
kenapa ini berlaku
lalu
kamu tersungkur
tersungkur selamanya.

BICARA HATI: DILEMA

12:13 PTG Posted In Edit This 0 Comments »


MATA BERKATA JALAN,
HATI BERSUARA JANGAN,
KENAPA?
KENAPA AKU PERLU MENDENGARNYA?
SIAPA YANG PERLU AKU TURUTI?
APAKAH AKU TERUS JALAN?
ATAU
TIDAK
LALU
AKALKU BERKATA
LIHAT DENGAN TENANG
JANGAN TERTIPU DENGAN MATA
JANGAN TERPEDAYA DENGAN HATI
TAPI
JANGAN BERMUSUH DENGAN MEREKA
BERKAWAN DENGAN MEREKA
DAN
FAHAMI MEREKA
PASTI
KAMU AKAN MENDAPAT JAWAPANNYA

BICARA HATI

12:08 PTG Posted In Edit This 1 Comment »
SUDUT BICARA TOMPINAI


Dua wajah

Semalam lebih kurang jam 11 malam, saya mendapat sms dari seorang kawan. Dalam sms itu, beliau menyatakan rasa kecewa dengan sikap beberapa individu. Individu ini adalah antara orang-orang penting di daerah ini.

Apa yang buat kawan itu meluat, sikap mereka yang bermuka-muka. Depan bukan main baik, orang cakap semut dipijak pun tidak akan mati, siap guna' jak buaya' lagi untuk memuji, mendabik dada mengatakan kamilah yang layak taapiii...bila saja berada dibelakang, perangai syaitan keluar. Kutuk sini,kutuk sana dan macam-macam lagi.

Big Boss di tuduh tidak pandai, kalau bukan kami yang tolong, tiada ba dia itu. Kamilah yang berada didepan bilang. Depan apa, bila big boss turun, semua tunduk kebawah, kalau boleh, big boss dijulang supaya big boss tau yang mereka ini hormat dengan dia..chisss...dasar pengampu...tapi saya percaya big boss tau juga sikap orang-orang dia ni. kemudian yang paling sadis bila tuduhan dilemparkan kepada SAM.

SAM dikatakan sebagai platform pada seseorang untuk menaikkan diri, bilang lagi semua warga SAM dipergunakan. Punyalah jahat ini orang. Kalau tidak tahu dan kenal SAM, cuba jangan sembarang tuduh. Ok..Kalau nak sangat bantu SAM atau ada hati nak sertai SAM, terus-terang, Jangan main cakap saja, Hei...kamu kutuk seorang Warga SAM bermaksud kamu kutuk kami semua. Kamu menidakkan kemahuan warga Kota Marudu untuk mendapatkan maklumat. Be...pro lah bos...

kalau sekiranya kamu boleh buat, kira bolehlah tu. Kalau tidak berjaya, maka ada problemlah tu...jadi jangan salahkan orang lain atas kelemahan sendiri. Harus diingat, SAM berjuang untuk memaparkan segala masalah di daerah ini. Disamping itu, mengetengahkan setiap kemajuan dan pembaharuan oleh pihak kerajaan.

SAM tidak berminat dengan dunia politik kota marudu yang rakus, jijik dan menyedihkan. Apa tidak, ada yang sudah lama bersama, sudah lama menabur bakti, dikenakan oleh kawan-kawan yang baru saja. Memang tidak patut. So...kepada mereka-mereka yang berwajah dua, hati-hatilah kerana kata dinakan ada mata diatas sentiasa melihat. Biarlah, kalau sudah ditegur tu, terimalah dan jangan pula kasi pindah itu tempat org lain...hehehe...

Ingat untuk semua pembaca SAM. SAM adalah bebas, tidak terikat dengan mana-mana parti politik. Sesiapa pun boleh mengirim artikel dan kalau sesuai SAM akan siarkan...SAM adalah untuk rakyat Kota Marudu......

BICARA TANPA SUARA

11:04 PTG Posted In Edit This 2 Comments »
HANYA AKU, DAN BERSAMA AKU, HANYALAH HATI.

MENCARI CAHAYA DI KEGELAPAN ALAM.

AKU DAN HATI KU MERANTAU BERSAMA.

MENGHARAPKAN SECUBIT KASIH, SEDETIK CINTA.

DI ALAM YANG SEMAKIN GELAP INI. MENGHARAPKAN CAHAYA SAYANG.

NAMUN KASIH TELAH LENYAP, CINTA TELAH TIADA.

APAKAH INI TANDANYA JIWA SUDAH KOSONG?....

BICARA PAGI

10:25 PTG Posted In Edit This 0 Comments »

BILA SANG TUPAI MULA MENIRU MANUSIA

HAVE A NICE DAY

9:33 PTG Edit This 0 Comments »
SEMOGA HARI KITA SENTIASA DIBERKATI.
MEMPEROLEH KEBERHASILAN YANG TOTAL.
SETIAP LANGKAH DISERTAI DENGAN DOA DAN KEINSAFAN.
MERENUNG DIRI DAN MEMAHAMI JIWA.
HIDUP TETAP DITERUSKAN, MENUJU KE DEPAN MENGGAPAI IMPIAN.
HANYA DENGAN BIMBINGAN DAN PIMPINANNYA.
AKAN TERCAPAI IMPIAN YANG PASTI.

BICARA TOMPINAI

8:55 PTG Posted In Edit This 0 Comments »
SAYA ADALAH MANUSIA

Kenapa saya berbicara seperti itu? Kenapa saya menyatakan lagi sedangkan memang pun saya manusia?. Saya melayari beberapa blog yang memaparkan pelbagai jenis cara penulisan dan dalam itu saya juga melihat ulasan-ulasan yang dibuat.

Bermacam jenis ulasan, ada pro dan ada yang buat tak tau je, juga ada ulasan yang mencabar penulis. Pasti si pengulas ini, samaada dia fahamkah atau pura-pura tidak faham. Ada juga yang merasakan gaya penulisan itu terlalu ilmiah dan apabila pengulas menyatakan ulasannya seakan-akan si penulis merasa tercabar pula. Inilah yang berlaku apabila mula menulis sesuatu yang pasti menarik pertanyaan.

Terdapat juga pengulas yang mencabar penulis sehinggakan pengulas itu cuba tidak memahami makna yang jelas. Ini satu percubaan untuk menjatuhkan kredibliti penulis itu. Seakan-akan pengulas itu memancing kemarahan penulis itu.

Bagi saya pula, ulasan yang bersifat serangan peribadi. Kalau diikutkan hati, panas juga tapi saya lihat dari sudut positifnya, saya jawap dengan halus manis. Akhirnya tiada lagi pengulas tanpa nama.

Maka itu, Saya adalah Manusia, punya perasaan, boleh rasa sakit, boleh tergugat emosi, boleh marah namun sebagai manusia, saya masih dapat mengawal diri.

BILA INI YANG TERJADI

10:58 PTG Posted In Edit This 0 Comments »
ARKIB : 22/06/2009 ( Utusan Malaysia )

SMS

KATA orang berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, begitulah sering diucapkan mereka yang menghadapi masalah rumah tangga.

Tidak kena pada hidung sendiri, maka kita tidak akan tahu, itu juga yang dilaungkan para isteri yang tercalar hati kerana sikap suami menduakan kasih.

Amy (bukan nama sebenar) berusia 25 tahun, baru dikurniakan seorang bayi berusia enam bulan hasil perkahwinan dengan lelaki yang dicintainya selama tujuh tahun semasa menuntut di universiti.

Berulang kali Amy menelefon saya untuk berbual tentang rumah tangganya, kebetulan panggilan ketiganya dapat saya layan. Hampir sejam kami berbual.

Banyak yang Amy luahkan dalam esak tangis dan ketawa yang menyimpan pelbagai kisah suka duka setelah baru setahun jagung bergelar isteri.

Jodohnya dengan lelaki yang dipanggilnya Ari kini goyah gara-gara suami kaki perempuan. Beratus-ratus kali berjanji akan ubah perangai, sayangnya tidak menjadi. Itu juga yang berlaku.

Kelahiran bayi sulung juga tidak membawa banyak perubahan sebaliknya kata Amy dia yang terus makan hati. Di rumah perangai suami lain, di belakang pula lain.

Apa kata, kita kongsi masalah Amy seperti yang diluahkan kepada saya. Begini kisah Amy:

"Sebelum bernikah suami seorang kaki perempuan, tapi dia berjanji akan berubah setelah kami berkahwin. Saya memilih dia kerana dia memahami saya, penyayang dan mengambil berat.

"Pelbagai dugaan saya lalui sebelum berkahwin dengannya. Kami berkenalan semasa menuntut di universiti. Masa hendak mendapatkan suami dulu saya terpaksa korbankan hati dan perasaan sebab perangai kasanovanya itu.

"Walaupun ramai yang ingin mendekati saya, tetapi hati saya kuat mengatakan dia jodoh saya. Setelah bercinta hampir tujuh tahun, akhirnya kami dinikahkan pada November 2007.

"Saya sangka inilah pemberian terbaik Allah SWT untuk saya. Gembiranya hati saya hanya Allah saja yang tahu. Bukanlah saya tidak mensyukuri apa yang Allah kurniakan, saya benar-benar bersyukur.

"Tetapi sudah takdir saya begini. Lima bulan selepas bernikah, saya disahkan mengandung. Hati saya sangat gembira kerana doa saya untuk menimang anak secepat mungkin dikabulkan Yang Maha Esa.

"Saya mengalami alahan teruk semasa mengandung. Suami menjaga saya dan kandungan dengan baik. Tidak nampak tanda-tanda dia mengabaikan saya.

"Namun dalam usia kandungan baru mencecah dua bulan saya mula menerima dugaan yang hebat. Suatu hari saya terbaca e-mel suami yang masih berhubung dengan rakan Internetnya, seorang jururawat yang mengajak suami saya tidur bersamanya!

"Bingung saya seketika sebab tidak percaya suami saya sanggup menerima dan mengirim mesej seperti itu. Hancur luluh hati saya saat itu. Saya menangis semahu-mahunya. Kami bergaduh besar. Saya adukan sikap suami kepada mertua.

"Mujurlah saya mempunyai mertua yang sangat baik. Mertua membantu menyelesaikan kekusutan yang berlaku dan menyelamatkan perkahwinan kami.

"Masuk enam bulan kandungan, suami terpaksa keluar daerah kerana urusan kerja. Saya memberi sepenuh kepercayaan kepadanya walaupun berat rasa hati untuk melepaskan dia berjauhan dengan saya sebab saya tahu dia akan berubah sikap apabila di belakang saya.

"Sepanjang berada jauh dari saya, setiap masa dia menghubungi saya. Namun pada waktu malam, khidmat pesanan ringkas (SMS ) dan telefon saya tidak berjawab.

"Kemusykilan mula timbul dalam hati. Apa yang sedang berlaku? Saya dapat rasakan yang dia melakukan perkara buruk di belakang saya.

"Tekaan saya betul. Sebaik dia pulang, saya terjumpa rakaman hubungan seks suami dengan seorang wanita di dalam telefon bimbitnya.

"Ya Allah, amat berat dugaan yang Engkau berikan padaku. Hancur hati saya melihat suami sendiri menjamah wanita lain. Saya menangis dan meraung.

"Di rumah kami bergaduh besar, saya menunjukkan telefon bimbit yang merakamkan aksi melampau itu. Dia buat-buat macam tidak bersalah dan cuba berbaik-baik dengan saya, sekali lagi kami hampir bercerai kerana saya tidak sabar lagi diperlakukan begitu.

"Demi memikirkan masa depan bayi yang bakal lahir kami berbaik semula. Disebabkan terlalu tertekan, saya telah bersalin lebih awal lima minggu.

"Melihat sendiri saya melahirkan dan kesakitan yang dialami, menyebabkan suami berubah baik seketika dan lebih menghargai saya. Sepanjang berpantang di kampung dua bulan saya berjauhan dengan suami tetapi hujung minggu dia datang menjenguk kami dua beranak.

"Saya gembira kerana sangka suami telah bertaubat. Sebaik kembali ke rumah sehabis pantang, saya telah dikejutkan lagi dengan cerita baru. Rupa-rupanya suami ada lagi satu telefon bimbit lain yang disorok.

"Setelah memeriksa, saya dapati semuanya nombor wanita dan SMS berunsur lucah. Sepanjang saya berpantang, rupanya, suami menjalin hubungan sulit dengan seorang jururawat.

"Saya berjaya menghubungi wanita tersebut dan menghentikan hubungan terlarang itu dan menghamburkan kata-kata kesat kepadanya kerana melayan suami saya.

"Belum pun sebulan reda kes itu, saya mendapat khabar suami ada skandal dengan kerani baru di tempat kerjanya. Saya juga berjaya menghubungi wanita tersebut, tetapi dia enggan mengaku.

"Di depan saya dia menyatakan tiada apa-apa hubungan dan berjanji menjauhi suami saya. Tetapi rupanya semakin hari mereka semakin intim.

"Keadaan rumah tangga kami semakin genting sebab kami selalu bergaduh. Dia nekad untuk bersama wanita itu walaupun terpaksa meninggalkan saya dan anak kami.

"Tiada pilihan, saya akhirnya reda dengan apa yang berlaku sebab tidak mahu anak tidak mendapat kasih sayang bapanya. Pada masa sama, suami terus rapat dengan wanita itu sebab mereka selalu berjumpa di pejabat.

"Saya hilang daya untuk menangani masalah ini tetapi akan kuatkan semangat menanganinya. Nampaknya menyalahkan wanita lain juga tidak patut sebab kadang-kadang suami kita juga pandai cucuk jarum, kata orang bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi.

"Air mata saya mengalir laju saat membaca semua SMS yang suami terima. Betapa murahnya wanita sekarang, boleh tawar diri untuk ditiduri oleh suami orang.

"Saya berdoa agar Allah SWT memberi kekuatan untuk saya menghadapi dugaan dan ujian hebat ini. Saya nekad, jika ditakdirkan jodoh saya sampai setakat ini, saya reda.

"Saya sanggup kehilangan suami yang tidak tahu menghargai isteri dan terus dijadikan barang mainan dalam rumah tangga.

"Kadang-kadang saya terfikir, anak yang saya lahirkan akan lebih sempurna hidupnya jika tidak mempunyai bapa seperti suami saya. Dengan kerjaya yang saya miliki, saya mampu memberi segala kesenangan kepadanya. Cuma yang saya tak mampu beri adalah kasih sayang seorang bapa.

"Kepada kaum wanita yang suka mengganggu suami orang, tolonglah hormat hak kaum sejenis anda. Jangan guris hati dan perasaan orang kerana satu masa nanti hati anda bukan setakat terluka malah akan terkoyak kerana perbuatan anda sendiri," Amy menutup cerita dengan kata-kata sinis.

Apa pun saya mengharapkan Amy akan terus tabah menjalani hidupnya bersama bayinya yang baru mengenal dunia serta berusaha menyelamatkan masjid yang dibina dengan kasih sayang dan rasa cinta.

Mengundur diri, pesanan saya, hidup tidak boleh hanya bergantung kepada soal hati dan perasaan kerana ada masa ia boleh menjahanamkan diri sendiri sebaliknya, kita harus memikirkan bagaimana menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan situasi yang dilalui. Salam

Bicara Tompinai: Yang kecewa dan Yang mengecewakan

10:38 PTG Posted In Edit This
Sudut Bicara Tompinai


Pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa Tompinai memilih tajuk ini. Adakah Tompinai kecewa atau adakah Tompinai mengecewakan? Siapakah yang mengecewakan Tompinai dan sebab apa kecewa? Mmm..Tompinai rasa bukan Tompinai kecewa. Bab-bab kecewa ini sudah lalu. Bagi Tompinai, pengalaman yang lalu telah mengajar Tompinai untuk menjadi dewasa, matang dan rasional. Kalau memang perlu Tompinai mengalaminya maka biarlah ia berlaku, kemudian berlalu kerana Tompinai hidup bukan untuk kecewa tapi hidup untuk menikmati anugerah yang Tuhan berikan kepada Tompinai. Opps...telebih sudah.

Berbalik kepada INTIPATI sebenar bicara Tompinai kali ini....Yang kecewa adalah mereka-mereka yang mengharapkan pengertian dan penyelesaian kepada masalah mereka. Mereka sedar siapa mereka. Mereka ini hanya orang-orang yang kecil. Orang-orang yang hanya sekali-sekala perlu bila pada waktunya. Pun begitu, kehadiran mereka ini amat diperlukan. Kewujudan mereka amat penting, hinggakan kalau mereka tidak datang atau muncul kerana masalah pengangkutan, kenderaan akan dihantar, siap dengan penginapan dan makan kalau yang dari jauh. Tetapi selepas beberapa sekian masa, maka mereka ini akan dilupakan. Seakan-akan kewujudan mereka tidak diketahui.

Apabila mereka meminta balas kasihan. Meminta perhatian. Meminta supaya diringankan masalah sanak saudara sekampung. Mereka sepertinya tidak dilayan. Pelbagai alasan diberi. Bagi Mereka yang mudah putus asa, terus tersungkur tetapi bagi mereka yang jenis muka tembok, akan terus berusaha,berusaha dan berusaha sehingga berjaya. Akhirnya mereka dapat yang mereka inginkan. Mereka ini merasa gembira, sekurang-kurangnya beban mereka menjadi ringan. Tapi harapkan cerah hingga ke petang, masalah lain pula membantai. Mereka tiada salah.Mereka tiada bantahan tapi kenapa pula 'MEREKA-MEREKA' buat seperti itu? Apakah mereka tidak layak? Kenapa perlu diberhentikan? Nah! jadilah mereka yang kecewa..

Kata manis bukan selalunya manis. Kata manis boleh menyejukkan tapi harus jaga-jaga kerana kata manis boleh melukakan. Lontaran janji-janji 1001 macam janji. Apa saja kamu minta akan diberi dan ditunaikan. Kalau terus membantu saya sehingga saya berada pada tempat yang baik, saya akan tetap menjadi kawan kamu. Segala keperluan, masalah kamu akan saya perhatikan. Ramai orang kanan saya yang akan membantu katanya dulu. Itu dulu, sekarang macam mana? Semuanya jumpa dengan Si A, Si A pula cakap jumpa dengan si B dan seterusnya. Kalau dulu, Kamu menjaga mereka, memerhati mereka tapi kenapa sekarang seperti itu..Maka itu jadilah kamu yang mengecewakan. Mengecewakan mereka-mereka yang sentiasa mempertahankan kamu, yang sentiasa mengagungkan kamu dan sampai ada yang sanggup menggadai nyawa hanya untuk kamu tetapi sekarang sikitpun kamu tidak peduli.

Ada yang cuba membantu menjadi penjernih tetapi tidak dipercayai malah dicurigai. Teguran dianggap penentangan dan kritikan dianggap lawan tuan. Tapi sedarkah, semua itu dilakukan kerana rasa hormat dan sayang, tuntutan perubahan dan pendekatan. Itu saja, tidak lebih.

Sampai bilakah keadaan ini berterus...adakah selagi kita bergelar manusia????

DALAM KENANGAN: BAPA YANG DIKASIHI

12:53 PG Posted In Edit This 2 Comments »

Taising Lumbating
28/12/1940 - 28/04/2009

Bapa,
Kasih Sayangmu masih terasa,
Cintamu masih membara.
Katamu masih dipegang
Nasihatmu masih dituruti

Bapa,
Cintamu menggembirakan kami,
Kasih Sayangmu menyatukan kami,
Doa-doamu membimbing kami,
Ketabahanmu menguatkan kami.

Bapa,
Tunjukajarmu memandu kami
Suara lembut melenakan kami
Belaianmu mendodoikan
Gendonganmu mententeramkan jiwa.

Bapa,
Walaupun tidak bersama kami lagi
tapi Kasih Sayang tetap kekal dalam jiwa kami.
Walaupun sudah jauh disana
Namun cinta itu tetap terjalin.

Bapa,
Terima Kasih atas doa-doamu
Terima kasih atas nasihatmu
Terima kasih atas teguranmu
Terima kasih atas doronganmu
Terima kasih atas kesabaranmu
Terima kasih atas usahamu
Terima kasih atas Kasih Sayangmu
Terima Kasih atas Cintamu
Dan kerana semua itu,
Kami menjadi seorang manusia.

SELAMAT HARI BAPA


SEBENTAR YA...baca dan fikir.

11:48 PG Posted In Edit This 2 Comments »
Artikel ini saya baca di majalah mastika. Artikel sudut senyum pisang. Walau pun ia humor tapi pengertiannya amat baik..

Seorang lelaki duduk di depan garaj keretanya apabila hujan mula menitis. Semakin lama, semakin lebat, air mula melimpahi longkang besar di depan rumahnya, lalu jadilah banjir kilat. Air terus naik hingga akhirnya sampai ke garaj tempat lelaki itu berada.

Sejam kemudian, sebuah bot penyelamat datang. Pasukan penyelamat itu bertanya, " Encik nak bantuan, tak?".

" Tak perlu! Tuhan akan melindungi saya," jawab lelaki itu sambil berdiri di dalam air yang sudah paras lututnya. Hujan terus lebat. Dua jam selepas itu, Ketika lelaki berkenan sedang berdiri di atas beranda, datang lagi sebuah bot penyelamat.

" Encik nak bantuan, tak?" tanya anggota pasukan penyelamat itu.
" Tak perlu. Tuhan akan melindungi saya!' jawab lelaki berkenan sambil tersenyum.
Hujan turun mencurah-curah. Tiga jam berlalu, ketika lelaki itu berdiri di atas bumbung rumahnya, sebuah helikopter sampai dengan membawa sepasukan anggota penyelamat.

" Mari kami selamatkan encik! banjir makin teruk, nanti encik lemas!" jerit pasukan penyelamat dari dalam helikopter.

Lelaki itu tetap menolak. " tak apa, Tuhan akan lindungi saya!"

Empat jam kemudian, air naik lagi dengan diiringi ribut dan petir. Akhirnya, rumah lelaki itu runtuh dan dia dihanyutkan banjir. Lelaki itu terkapai-kapai, dan ketika nafasnya tercungap-cungap hampir mati, lelaki itu sempat memarahi Tuhan.

Dalam hatinya, lelaki itu menyumpah, " Tuhan! Aku sayangkan Engkau, tapi Engkau tak selamatkan aku?!!!"

Tiba-tiba lelaki itu terdengar satu suara, " bukankah tadi Tuhanmu sudah hantar dua buah bot dan sebuah helikopter untuk menyelamatkan kau?'


Nota: Fikir2lah..apa moral cerita ini.

BICARA TOMPINAI

12:49 PG Posted In Edit This 3 Comments »

Satu entry Tompinai yang boleh dikatakan agak kontroversi, apabila Tompinai memaparkan satu poster papan iklan yang memaparkan gambar perempuan. Gambar ini tidaklah menjolok mata kerana yang terdedah hanya separuh sahaja iaitu bahagian bahu. Tompinai cuma minta para pembaca melihat situasi dari sudut moralnya tetapi ada feedback yang tompinai dapat meminta supaya gambar itu ditiadakan.

Pada mulanya Tompinai agak hairan kerana apa yang tompinai minta hanya melihat situasi tersebut, kenapa kereta itu boleh kemalangan? Apa sebabnya? Jalan yang luas dan lurus, cantik tapi ia masih terlanggar juga. Pada pengamatan Tompinai, mungkin berhantu atau tempat itu keras kerana beberapa blok ada kedai membaiki kenderaan. Dan memang telah dijelaskan dalam papan iklan itu. Di samping gambar perempuan seksi. Adakah kemalangan itu disebabkan oleh keseksian atau pun kerana sebab lain? Itu yang Tompinai mahu tahu dari pembaca.

Tapi nampaknya mata pembaca terus kepada gambar tersebut. Ini memyebabkan kesan moralnya tidak menjadi subjek utama. Akal dan fikiran terus melihat kearah negetif. Pandangan positif menjadi kabur. Hati dan perasaan menjadi tidak seimbang. Menjadi keliru dan karuan. Kegagalan melihat dengan akal yang jauh menyebabkan fikiran hanya menjana idea yang salah, lucah. Bila saja perkataan lucah terbit, maka hati menjadi tidak tenang dan perasaan bergelora, tidak menentu. Inilah yang akan berlaku dalam kehidupan kita sebagai manusia, bila manusia gagal dalam menguasai dirinya, bila manusia membiarkan hatinya yang berkuasa dan bukan akalnya. Lebih kepada nafsu.

Pun begitu, Tompinai tabik dengan SAM kerana dapat melihatnya melalui pandangan positif. Kematangan SAM dalam melihat sesuatu amat tinggi. Ada juga pembaca yang melihatnya dari sudut positif, mereka ini adalah antara yang berjaya menggunakan akal dan fikiran.

Tompinai berbangga kerana entry tersebut berjaya mewujudkan persoalan. Ini menjadi bukti betapa kuatnya impak entry dan AURA SAM. Teguran dan kritikan para pembaca telah menjadi kekuatan dan juga penanda aras kepada kelemahan tompinai. Tanpa SAM, siapalah tompinai dan tanpa pembaca/pelawat blog, siapalah si tompinai...

Salam Tompinai.

BICARA TANPA SUARA

1:38 PG Posted In Edit This 0 Comments »

WAJAH YANG MEMBERI 1001 MACAM PENGERTIAN DAN PERSOALAN. TANPA SUARA,TANPA BERKATA-KATA. WAJAH MASIH MAMPU MENCERITAKAN SEMUANYA.

SANTAPAN MATA MY3HERO

5:42 PTG Posted In Edit This 0 Comments »




WARNA YG MENARIK PERHATIAN HERO-HERO SAYA.

SEKSI ATAU SEKSA?

2:01 PG Posted In Edit This 0 Comments »
(GAMBAR DARI ISUHANGAT BLOGSPOT)

HMMM....INILAH JADINYA BILA TERLAMPAU MAU SEKSI. MEMANG TAK SEDAR DIRI PUNYA. KESEKSIAN DIJADIKAN SEBAGAI UMPAN UNTUK SESUATU YANG AKHIRNYA MENJADI SEKSA. "BIASALAH TU" KATA SESETENGAH MATA BUAYA. "KALAU DAH TAK PANDAI JAGA DIRI KAMILAH YANG BAHAM" KATA BUAYA DARAT. NASIB KAU LAH, SIAPA SURUHKAN...KAN...

KESEMPATAN DALAM KESEMPITAN

1:48 PG Posted In Edit This 2 Comments »
(ISUHANGAT BLOGSPOT)

Si beruk yang pandai mengambil kesempatan sambil di ketawakan oleh beruk lain. Apa lah nasib si gadis ini, dah lah seksi gila, dikerjakan oleh beruk-beruk lagi yang memang terkenal dengan miangnya..hehe. Apa pun ini adalah satu iktibar dalam menjalani kehidupan..bukan semuanya boleh percaya, depan mata pun kita jadi mangsa, ditipu bulat-bulat. Tapi kata orang pandai2, pasti akan kita tahu juga...hati2 dengan beruk2 diluar, ia tidak mengira jantina. Sama saja...

KETIDAKSEIMBANGAN GLOBAL MUNGKIN BERULANG

11:49 PG Posted In Edit This 0 Comments »

Dasar China dianggap penentu kepada kestabilan ekonomi Amerika, dunia pada masa depan

BUKU sejarah pada masa depan, bergantung di mana ia ditulis dan hampir pasti akan menjadikan krisis kewangan dan ekonomi dunia hari ini, sebagai satu daripada dua sasaran untuk dipersalahkan. Satu pendekatan penulisan akan menyalahkan kelemahan peraturan, sikap terlalu menurut dasar kewangan dan sikap menyimpan yang tidak kukuh di Amerika Syarikat.

Satu lagi pendekatan, yang diketengahkan oleh pakar ekonomi Amerika seperti Alan Greenspan dan Ben Bernanke, akan menyalahkan jumlah kecairan keterlaluan oleh negara penyimpan terbesar di Asia Barat. Mereka mendakwa, semua kecairan terbabit perlu mengalir ke sesuatu tempat. Destinasi paling logik adalah negara yang memiliki pasaran kewangan paling kukuh, Amerika Syarikat di mana ia meningkatkan harga aset kepada satu paras yang tidak mampu ditampung.

Satu-satunya perkara yang dipersetujui mereka yang berada di kedua-dua kem itu ialah: ketidakseimbangan simpanan global – simpanan rendah di Amerika Syarikat dan simpanan tinggi di China serta pasaran yang baru muncul - memainkan peranan utama apabila membenarkan rakyat Amerika hidup dalam suasana melampaui kemampuan mereka.

Ia menggalakkan pembiaya kewangan berada dalam keadaan terdesak untuk memperoleh keuntungan berlipat kali ganda, dengan meletakkan kewangan mereka pada pelaburan yang lebih spekulatif.

Jika adapun konsensus dalam satu isu, adalah sukar mencapai tahap mustahil untuk memahami gelembung yang berlaku dan bagaimana gelembung itu boleh pecah, tanpa mengambil kira peranan ketidakseimbangan global.

Justeru, usaha mengelak krisis yang sama berulang pada masa depan memerlukan formula terbaik untuk meleraikan masalah ketidakseimbangan global ini. Ketika ini, petanda awal amat melegakan. Rakyat Amerika Syarikat mula menyimpan semula.

Menurut data terkini, defisit perdagangan Amerika Syarikat menjunam daripada AS$60 bilion kepada AS$26 bilion - dalam tempoh hanya sebulan. Jika mengambil perkiraan mudah, kita tahu negara dunia lain turut mengalami pertumbuhan begitu kecil.

Bagaimanapun, sebaik saja rakyat Amerika memulihkan semula akaun persaraan, mereka mungkin akan kembali kepada kehidupan mewah seperti sebelum ini. Malah, pentadbiran Presiden Barack Obama dan Rizab Persekutuan negara itu melakukan segala yang terdaya untuk menyuntik perbelanjaan Amerika.

Satu-satunya alasan mengapa defisit perdagangan Amerika terus jatuh ialah negara itu berada dalam suasana kemelesetan yang amat teruk, mengakibatkan import dan eksportnya turut menjunam.

Dengan proses pemulihan yang sedang berlaku, kedua-dua sektor terbabit mungkin pulih pada tahap sedia kala dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada enam peratus akan diperoleh kembali.

Negara itu bernasib baik kerana kemelesetan ekonomi yang berlaku tidak membabitkan perubahan dalam harga relatif atau kejatuhan teruk dalam nilai dolar, yang boleh memberi perubahan kekal dalam corak dagangan dan perbelanjaannya.

Sama ada berlaku sebarang pengurangan kekal dalam ketidakseimbangan global, akan bergantung sepenuhnya kepada keputusan yang dibuat di luar Amerika Syarikat, terutama negara seperti China. Kerana itu, antara persoalan yang timbul hari ini ialah bagaimana selama ini, negara lain mencatat lebihan begitu besar.

Satu pandangan ialah negara seperti China mencatat lebihan besar - hasil daripada polisi yang memihak kepada pertumbuhan eksport yang berfungsi begitu baik sejak sekian lama. Kita faham mengapa pemimpin China begitu sukar untuk melepaskan model yang terbukti begitu berkesan. Mereka tidak boleh menstruktur ekonomi mereka serta-merta.

Mereka tidak boleh memindahkan pekerja yang mencipta permainan kanak-kanak di Guandong kepada kerja membina sekolah di Barat China, dalam masa semalaman. Mereka memerlukan masa untuk membina satu jaringan keselamatan sosial untuk menggalak rakyat China mengurangkan sikap terlalu menyimpan dan berjimat.

Sekiranya pandangan ini betul, kita boleh menjangka untuk melihat kemunculan semula ketidakseimbangan global, selepas kemelesetan ekonomi hari ini berakhir dan ia akan pulih seperti sedia kala dengan kadar begitu perlahan.

Satu lagi pendapat ialah China menyumbang kepada ketidakseimbangan global, bukan melalui eksport barangan, sebaliknya melalui eksport modal. Kekurangan China bukan membabitkan permintaan ke atas barangan pengguna, tetapi bekalan aset kewangan berkualiti tinggi.

Isu ini dikesan berlaku di Amerika Syarikat, terutama dalam Perbendaharaan dan sekuriti yang disokong kerajaan – akibatnya ia menolak pelabur lain kepada pelaburan yang lebih spekulatif.

Kejadian yang berlaku kebelakangan ini gagal mengukuhkan kedudukan Amerika Syarikat sebagai pembekal aset berkualiti tinggi.

Bagi China pula, ia akan terus mengembangkan pasaran kewangan dan kemampuannya untuk meningkatkan aset kewangan berkualiti tinggi di dalam negara sendiri. Tetapi untuk melakukan tindakan itu, ia akan mengambil masa lama.

Sementara itu, Amerika Syarikat masih memiliki pasaran kewangan paling cair di seluruh dunia. Ia sekali lagi memberi interpretasi yang mengandaikan kemunculan semula ketidakseimbangan global sebaik saja kemelesetan ekonomi berakhir.

Satu-satunya perkembangan yang boleh mengubah andaian ini ialah sekiranya China melihat tindakan melabur dalam aset kewangan Amerika Syarikat sebagai satu cadangan yang akan merugikan mereka.

Pada pandangan mata kasar, defisit belanjawan Amerika Syarikat hari ini mungkin akan mencetus kebimbangan bahawa bon Amerika akan mencatat kerugian. Dasar tegas untuk menghapuskan semua hutang pula mungkin mencetus kebimbangan lebih parah.

Jika itu berlaku, China mungkin akan mengambil tindakan tegas dengan menarik diri - nilai dolar akan menjunam, Rizab Persekutuan mungkin terpaksa meningkatkan kadar faedah - yang sekali lagi akan menghumban negara itu kembali ke dalam kemelesetan.

Ada dua harapan untuk mengelak daripada berlaku bencana ini. Satu ialah bergantung kepada budi bicara China untuk menstabilkan ekonomi Amerika dan dunia.

Satu lagi harapan ialah untuk pentadbiran Obama dan Rizab Persekutuan negara itu menyediakan butiran lengkap mengenai cara untuk menghapuskan defisit belanjawan serta mengelak daripada berlaku inflasi, sebaik saja zaman kemelesetan ini berakhir.

Pilihan kedua ternyata lebih digemari. Lagi pun, apa yang lebih baik daripada kita menentukan nasib kita sendiri.

Penulis ialah Profesor Ekonomi Universiti California, Berkeley. (Rencana disediakan oleh Project Syndicate).

( sumber: Berita harian )

KEARAH KEJAYAAN : MINDA

11:17 PTG Posted In Edit This 0 Comments »

" KAMU PASTI BOLEH SEKIRANYA KAMU FIKIR BOLEH"
Dalam mencapai sesuatu kejayaan, penguasaan minda merupakan perkara yang paling utama. Maksud penguasaan disini adalah mengenali dan memahami apa yang kita mahu dan apa yang kita boleh lakukan. Dalam minda kita, wujud banyak perkara yang logik dan tak logik. Jadi kita beri perhatian kepada yang logik atau rasional. Satu idea yang boleh di realisasikan, idea yang boleh diterima oleh semua.

Dalam kita berusaha untuk mengutarakan idea kita itu dan seterusnya menjadikannya, kerjasama atau persefahaman dalam pemikiran terlebih dahulu diperolehi. Selalunya kita mengharapkan apa yang kita rencanakan itu diterima bulat-bulat. Harus diingat dalam 10 pasti ada seorang dua yang akan tidak setuju. Kita harus lihat apa yang mereka inginkan dan harus membincangkan idea-idea itu bersama. Kalau boleh digabungkan,gabungkan supaya menjadi lebih baik. Oleh itu, kita harus terlebih dahulu memberi kerjasama, barulah mudah untuk mendapat kerjasama.

Kelemahan kita sebagai manusia bermula dari dalam diri kita sendiri antaranya kurang toleransi, dengki, cemburu, ego dan kurang sabar. Itu antara yang pasti namun masih ada lagi. Kelemahan ini mesti terlebih dahulu diatasi ataupun dikuasai barulah mudah untuk kita bergerak kehadapan, kearah kejayaan.

Apa yang Tompinai bicarakan ini merupakan hasil dari pembacaan tompinai. Sekurang-kurangnya tompinai dapat berkongsi maklumat dan belajar bersama. Salam.

MANUSIA OH MANUSIA

10:37 PTG Posted In Edit This 0 Comments »

(Gambar Hiasan: Filem Ong Bak 2)
Memetik kata Sangguru, BILA MANUSIA SEPRTI BA.. yang memperlihatkan kerakusan mereka untuk menyondol apa saja. Manusia ini hilang pertimbangannya hanya kerana jiwa dan hati mereka dikuasai oleh nafsu kehendak,keinginan. Ketidakupayaan mereka ini menyebabkan hilang keluarga, hilang kawan malah yang paling teruk kehancuran keluarga. Nak dikatakan mereka ini tidak berfikiran atau tidak berilmu, tak juga sebab rata2 nya mempunyai kedudukan yang tinggi.

Pemerintah memberikan atau menyediakan dana yang cukup untuk membina negara atau sesuatu yang perlu tetapi selalunya akan dikata tidak mencukupi. Dimana silapnya dan dimana kurangnya? Kata orang kampung,banyak saringannya. Alih-alih yang mendapat musibah adalah kita yang dibawah ini. Apa yang diharapkan oleh pihak pemerintah untuk dinikmati dan dikecapi tidak kesampaian. Ada pun tidak memuaskan. nak salahkan pemerintah tak boleh sebab pemerintah sudah cuba sebaik mungkin tapi inilah manusia, manusia yang bertindak tanpa melihat keperluan orang lain.

Kata Sangguru, apa yang berlaku ini adalah disebabkan oleh angkara manusia itu sendiri. Manusia yang berjiwakan wang,kuasa dan macam-macam lagi. Adakah masih ada manusia yang berhati mulia? satu pertanyaan yang sukar dijawap. Kita jawab dalam hati kita masing-masing.

Apa2 pun ini hanyalah sekadar ulasan semata-mata. Tompinai bukanlah pakar dalam menilai orang. Tompinai sendiri masih lagi belajar dalam mengenali dunia ini. Kata aki, tak kenal maka tak tahu, tak tahu maka tak faham...( hanya tulun sokid saja tau...sana kampungan....). Salam

RAKYAT SABAH IKON INTERGRASI KAUM

11:32 PG Posted In Edit This 0 Comments »


( http//teratakkasih-jesvi.blogspot.com )
"Rakyat Sabah merupakan ikon intergrasi kaum di Malaysia yang harus dipelihara dan dipertahankan. Ini kerana rakyat di Negeri Di Bawah Bayu kaya dengan pelbagai adat resam dan budaya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Dengan semangat muhibah dan toleransi, kita mampu hidup dalam keadaan harmoni biarpun berlainan kepercayaan ataupun ideologi politik yang berbeza".Sebahagian petikan dari ucapan oleh Datuk Haji Abdul Rahim Ismail semasa merasmi Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Sabandil, Papar.( sumber: Daily Express )

Keunikan yang sememangnya tidak dapat dinafikan. Rakyat Sabah boleh dikatakan bertuah kerana apapun perayaan yang dilakukan pasti mendapat sambutan dari pelbagai lapisan masyarkat. Kepelbagaian adat resam dan kepercayaan sama sekali tidak menjadi halangan, malah ia akan dapat memperlihat keakraban, kejituan semangat kekitaan. Kita pernah mendengar program intergrasi peringkat kebangsaan namun tidak pasti dengan hasilnya.

Akhir kata, Kita berharap agar rakyat Sabah sentiasa mengamalkan semangat kekitaan ini tanpa sebarang halangan. Memetik kata tekong SAM, Tokou e tokou. Salam.


PUSAT BUDAYA KOTA MARUDU / GALERI BUDAYA KOTA MARUDU: REALITI ATAU IMPIAN..

12:13 PTG Posted In Edit This 3 Comments »
Pasti ramai yang tertanya-tanya dan juga mungkin tercari-cari dimanakah tempatnya. Kita tahu beberapa daerah di Sabah telah mengekspolitasi kelebihan alam semulajadi atau keunikan budaya untuk menonjolkan diri. Kota Marudu sendiri tidak kurang hebatnya. kalau disebut senarainya, pasti panjang berjala. Persoalannya disini, kenapa langsung tidak ada usaha dalam menjadikan daerah sebagai salah satu destinasi pelancongan? Maaf kalau sekiranya sudah ada tapi kenapa tiada tanda-tandanya?

Apakah menjadikan daerah sebagai suatu destinasi lawatan membebankan? Mungkin kalau sendirian pasti payah tapi kalaulah dapat duduk bersama semua agensi dan ngo-ngo yang ada di daerah ini,pasti kupasan idea itu lebih banyak. Janganlah hanya kerana daerah ini bukanlah tempat kelahiran maka ia dibiarkan saja. janganlah hanya kerana bertugas disini keinginan untuk memajukan tempat ini atau menjadikan daerah ini dikenali terhalang.

Keinginan untuk melihat daerah sebagai salah satu tempat yang wajar dilawati sentiasa ada. Kita tidak mahu hanya sebagai persinggahan saja tetapi ada temapat yang boleh dilawati. Antara yang menjadi pilihan penulis adalah PUSAT BUDAYA KOTA MARUDU ATAU GALERI BUDAYA KOTA MARUDU. Penulis rasakan inilah yang paling sesuai untuk daerah ini kerana daerah ini didiami oleh beberapa etnik yang rata-rata belum dikenali oleh orang luar. Selain itu, ia dapat juga menjana ekonomi daerah.

Penulis bukannya pakar ataupun bijak dalam hal ini, sekadar menyumbang idea saja. Wawasan untuk menjadikan daerah terkeluar dari belenggunya mesti ada. Sebagai anak watan daerah ini, penulis merasa perlu untuk cuba berkonsi idea.

SAM: PENCETUS PERUBAHAN MINDA.

10:56 PG Posted In Edit This 2 Comments »
Dalam mencari sesuatu kejayaan, banyak perkara yang harus ditempuhi. Setiap kejayaan itu selalunya diiringi dengan masalah dan masalah inilah yang akan membantutkan usaha tersebut. Kata sangguru. Apa yang kita capai hari ini adalah hasil daripada apa yang telah kita atasi. Banyak orang mahu melihat setakat mana kemampuan SAM untuk bertahan menghadapi karenah luar. Tidak kurang juga yang memandang rendah dengan kemampuan SAM dalam menyuarakan sesuatu permasalahan atau isu. Juga ada yang prasangka dengan SAM, mereka mengganggap SAM akan menjadi platform seseorang untuk menonjolkan diri. Itu semua anggapan dan tanggapan yang tidak berasas.

SAM adalah pusat mengembangan idea-idea yang dikumpul dan diperhalusi supaya sesuai dengan keadaan semasa. SAM secara terbuka menerima semua idea yang boleh dijanakan menjadi kenyataan. Cetusan minda ini merupakan luahan daripada jiwa generasi muda. Generasi yang inginkan perubahan, yang mahu supaya suara didengar. SAM cuba menyampaikan apa yang sepatutnya dan cuba mendapatkan perhatian walaupun mengambil masa. Ahli SAM hanya dapat bermesyuarat secara maya kerana Ahlinya tersebar luas diserta tempat malah diluar negara pun ada.

Peranan SAM sudah jelas dan telah ada bukti pencapaiannya. Keterbukaan minda semakin terasa dalam warga Tandek. Usaha ini dilakukan secara tidak langsung oleh ahli SAM, dengan menggunakan pendekatan yang halus. Pun begitu, SAM juga tidak mengabai Warga Kota Marudu. SAM sentiasa cuba untuk membuka minda Penduduk di Daerah Kota Marudu. Minda harus dibuka untuk melihat apa lagi yang perlu ada di Daerah ini. Selain itu, Bagaimana cara untuk memajukan daerah ini dari semua aspek. Perubahan fizikal daerah memang sudah jelas. Bagaimana dengan perubahan inteleknya dan rohaninya?.

SAM seringkali menyentuh tentang beberapa aspek yang berkaitan dengan daerah ini. Bukannya mengaku pakar tetapi sekadar untuk menyuarakan pelbagai pendapat, yang mungkin kalau diterima secara positif akan menghasilkan kejayaan. Dalam perbincangan terbaru SAM, satu perancangan yang melibatkan belia remaja akan cuba dilaksanakan. SAM mengharapkan sokongan dari semua pihak untuk menjayakan program ini demi untuk belia remaja Kota Marudu. SAM ingin melihat masa akan datang Daerah Kota Marudu akan dikenali bukan kerana kemiskinan tegarnya tapi kerana kejayaan dalam menlahirkan warga yang seimbang dalam semua aspek.

KENAPA DAN MENGAPA?

12:44 PTG Posted In Edit This 4 Comments »
Tajuk yang agak umum ini, rasa sesuai untuk semua persoalan yang selalu bermain dalam minda kita. Untuk kita mengungkai setiap persoalan itu menjadi jawapan, mungkin akan mengambil tempoh masa yang panjang. Jadi, apa yang tompinai ingin kongsikan disini adalah berdasarkan pengamatan kendiri. Jauh sekali untuk menolak apa yang cuba disampaikan oleh mereka-mereka yang mungkin tidak semasa dengannya.

Al-kisah dengan pendirian SAM dalam menentang semua bentuk penderaan terutama penderaan kanak-kanak. Jelas sekali rata-rata warga Sam mengutuk perbuatan ini dan juga sesetengah pembaca juga begitu. Walau bagaimana pun masih ada juga yang tidak boleh menerima tindakan seperti ini.

Tompinai berpendapat yang setiap perbuatan itu ada balasannya samaada baik atau buruk begitu juga dengan balasannya dan samaada balasan itu sekarang ini atau pada masa-masa akan datang. Tidak pasti.

Tompinai percaya yang pelaku tersebut adalah manusia yang mempunyai akal fikiran tetapi kenapa kejam sangat? kata al-longobi, manusia kalah dengan nafsu dan syaitan. Dua penjahat ini telah berjaya menaklukinya. oleh itu, balasan yang di perolehi adalah kutukan, hinaan dan bermacam-macam lagi. Itu belum melibatkan undang-undang. Baru antara manusia dengan manusia.

Kemudian timbul pula bantahan yang mengatakan tidak seharusnya kita menghukum atau menghakimi. Kenapa pula? Pernahkah si pelaku ini fikir tentang kebaikan sebelum melakukan kekejaman itu. Kita cuma minta supaya hukuman itu biarlah yang setimpal dan kalau boleh sesuatu yang boleh menjadi pengajaran kepada yang lain. Sebagai manusia, perkataan maaf itu mungkin boleh diucapkan tetapi adakah maaf itu mampu mengubati kesakitan yang berlaku. Bukankah sudah ada peluang diberi kepada setiap manusia untuk menjadi manusia yang baik. Kenapa tidak menggunakan peluang itu untuk menjadi manusia baik. Apabila dihukum barulah ingat segala dosa/kesalahan/perbuatan yang keji dan barulah menangis berairmata. Tapi adakah ikhlas.

Bukannya tidak memaafkan tetapi biarlah yang sepatutnya memaafkannya itupun kalau pelaku itu jujur untuk meminta maaf. Tapi kalau sekadar hanya untuk melepaskan diri tiada guna. Pelaku ini sebenarnya yang harus meminta maaf atas segala perlakuan mereka dan menerima segala hukumannya. Menerima segala akibat yang dia buat samaada secara langung atau tidak langsung. Kita hanya melihat kejadian itu dan berharap agar ia tidak berulang dan segala proses pencegahan dilakukan.

Rasanya tidak salah untuk kita mengutuk dan juga menghina pelaku itu. Kita adalah manusia yang telah diberi akal fikiran. Segala kutukan dan hinaan kita itu adalah luahan hati kita yang sakit dengan perbuatan itu. Pun begitu, ia masih lagi dalam keadaan yang terkawal. Oleh itu, segalanya bermula dari diri kita sendiri untuk melihat sesuatu. Tanggapan kita memang berbeza. Itulah uniknya kita sebagai manusia.

PUISI AYAH 2

7:38 PG Posted In Edit This 2 Comments »

Ayah....
Tiada kata,
tiada bicara
hanya kenangan menjadi ingatan...

Ayah..
segala katamu,
segala bicaramu,
sentiasa menjadi pegangan,
sentiasa menjadi panduan.

Ayah..
nasihatmu,
teguranmu,
Kritikanmu
Akan kekal menjadi azimat hidup ini..

Ayah...
senyumanmu,
Tawamu,
Selokamu,
Akan kekal menjadi penghibur hati.

Ayah...
Kekuatanmu,
Kegigihanmu,
kesabaranmu,
Akan tetap dihati ini...

PEMIMPIN YANG RENDAH HATI

11:35 PG Posted In Edit This 2 Comments »
Salam untuk semua, Tompinai amat tertarik dengan apa yang KW tulis dalam blognya. Pandangan dan ulasan KW amat dalam maksudnya walaupun disampaikan dengan mudah dan santai... Pemimpin seperti itu tidak layak untuk dipanggil sebagai pemimpin. Seorang pemimpin sebaiknya seorang yang boleh menerima teguran dan kritikan. Tidak kira teguran itu pedas atau pun tidak..Tidak kira kritik itu sakit atau tidak, harus diterima dengan hati yang terbuka.

Pemimpin yang tidak senang dengan teguran adalah pemimpin yang lemah kerana dia tidak sanggup menerima pendapat orang lain yang mungkin pendapat teguran itu boleh meningkatkat potensi dirinya. Minda pemimpin itu masih lagi pada takuk lama, masih terikat dengan fahaman dahulu kala. Tompinai percaya pembaca masih ingat bagaimana cara hidup, sosial dan daya pemikiran orang-orang di zaman dahulu. Kenapa Glelilio dianggap gila pada masa itu? Kenapa Graham Bell pernah di Kutuk, dihina, begitu juga dengan Albert Enstien? Mereka ini adalah orang-orang bijak tetapi semasa zaman mereka, mereka ini agak diketepikan namun mereka masih meneruskan usaha mereka kerana mereka tahu mereka betul dan juga mereka sentiasa memperbaiki segala apa yang mereka buat melalui maklum balas, contohnya kutukan, teguran dan hinaan. Mereka cuba membuktikan apa yang mereka cuba hasilkan adalah bermaanfat.

Kenapa Tompinai menganggap seperti itu, sebabnya mereka tidak sanggup dikritik dan ditegur. Orang dulu dikritik pasti akan dibalas dengan cara yang kejam. Jadi jahat. Pemimpin ini sepatutnya harus bersikap terbuka, rakyat menegur adalah untuk kebaikan juga. Bukannya mencari kesalahan. Tapi kalau setiapkali ditegur melenting pasti umur tidak panjang. Orang jadi bosan, rakyat malu dengan sikap pemimpin seperti itu. Jadi yang rugi siapa? pasti pemimpin itu sendiri yang rugi.

Kepada pemimpin-pemimpin yang pantang ditegur, pandai-pandailah bawa diri. Jangan biarkan rakyat menjadi bosan dengan kamu. Kritikan dan teguran merupakan kunci kejayaan kamu. sekiranya banyak teguran dan kritikan maka itu menunjukkan rakyat sayang dengan kamu.

APA YANG ANDA BOLEH JELASKAN

5:20 PTG Posted In Edit This 3 Comments »
SEKALI TENGOK, HANYA GAMBAR AWAN YANG INDAH...DUA KALI TENGOK AKAN MENGHADIRKAN PERTANYAAN DAN KETIGA KALI AKAN MEMBUATKAN MINDA BERFIKIR MENCARI JAWAPAN...MENURUT PERSEPSI SENDIRI.

HAPPY ANNIVERSARY MY DEAR

1:16 PG Posted In Edit This 0 Comments »
TIADA KATA YANG MAMPU MENGAMBARKAN...TIADA AYAT YANG DAPAT MENGHURAIKAN....BETAPA GEMBIRA HATI INI DAPAT MEMILIKI MU....KASIH SAYANG DAN CINTA TETAP MENJADI MILIK MU BUAT SELAMANYA....TERIMA KASIH KERANA MENCINTAI SAYA TANPA BERBELAH BAGI......

CINTA: APA MAKNA SEBENARNYA?

10:31 PG Posted In Edit This 6 Comments »

CINTA=HATI. Satu ungkapan yang penuh bermakna namun akan menjadi sia-sia bila ia menjadi permainan. Ia boleh membuatkan orang lupa akan dirinya dan juga lupa segalanya. Yang hanya ada cinta saja tanpa melihat kesannya. Satu perhubungan juga boleh putus hanya kerana cinta. Cinta boleh membuatkan kita menjadi seorang yang amat berhati-hati terutama sekali yang melibatkan cinta gelap, cinta terlarang. Perasaan cinta tidak boleh dihalang kerana ia sudah menjadi azali manusia untuk cinta mencintai. Cuma satu saja, jangan permainankannya. Cinta boleh membuatkan kita buta. Cinta boleh membuatkan hati itu diikat. Cinta boleh membuat kita lupa segalanya dan cinta boleh membuatkan kita berani, berani mengambil risiko. Ada yang mengaku sebagai master dalam percintaan tapi benarkah? Ada yang sanggup apa saja alasan semata-mata melindungi cinta tapi sampai bila? Ada yang mengaku habis sudah cinta. Kenapa habis? Mungkin juga ada yang merasa menyesal kerana setelah sekian lama berumahtangga baru dia jumpa cintanya. benarkah? Yang jelas cinta ini bila tidak dijaga dan dibajai akan membawa kehancuran, kemusnahan dan keretakan keluarga. Cinta sebenar hanya dapat kita perolehi apabila kita dapat mencintai diri kita sendiri.

KENAPA DAN MENGAPA

12:22 PG Posted In Edit This 0 Comments »
Kenapa banyak sangat tanda ?? muncul dalam minda ini? . Apakah semua mempunyai keadaan yang sama?. Kenapa tanda tanya itu kerap kali keluar dan kelihatan tidak ada penamatnya. Apakah memang kita dilahirkan dengan penuh persoalan supaya kita mampu berfikir tentang sesuatu yang kita tidak jangkakan? Pasti ramai yang terbabas kerana ketidakmampuannya untuk mengungkaikan sesuatu persoalan itu. Kadangkala kita fikir yang kita sudah berjaya menyelesaikan tapi benarkah, atau hanya main minda semata-mata? Kita sering mengelak daripada menjawab setiap persoalan itu. Kita sering mengelak daripada dipersoal tetapi berjayakah kita? Kita menyatakan yang kitalah betul tapi persoalannya benarkah? Kita cuba untuk menidakkan sesuatu yang jelas berlaku yang pasti menimbulkan persoalan tetapi berjayakah kita? Persoalan yang mudah menjadi sukar kerana sikap kita sendiri. Kita mengaku yang kita tidak risau apa-apa pun, benarkah? Atau itu hanya kata-kata yang digunakan untuk menyedapkan hati, takut disoal lagi. Sebenarnya kita telah meletakkan diri kita pada posisi yang mendatangkan banyak masalah. Kita jelas telah tewas oleh hati kita yang sering mempersoalankan orang lain. Kita anggap apa yang kita buat itu adalah sesuatu yang boleh memuaskan hati tapi sebenarnya kita telah membuat tempahan. Satu tempahan yang pasti memeranjatkan semua. Hanya kerana persoalaan dalam diri, akhirnya satu kata janji terabai. Jelas sekali pertanyaan, persoalan dan soalan dalam hidup menjadi penentu kepada masa depan kita.

YANG KITA TIDAK SEDAR

1:32 PG Posted In Edit This 3 Comments »


(sekadar gambar hiasan)

Al kisah, terdapat sebuah negeri yang diperintah oleh seorang raja yang sangat bijaksana dan adil. Pemerintahannya yang saksama menyebabkan negeri ini maju dan makmur. Rakyat jelatanya hidup aman damai. Segala hasil tanaman, ternakan dan buruan sentiasa mencukupi. Boleh dikatakan, dalam negeri jarang sekali berlaku krisis kekurangan makanan. Amat jarang sekali raja mendapat laporan yang rakyatnya mengalami kebuluran.

Kehidupan yang aman damai ini membuatkan raja senang hati. Walau bagaimana pun hanya satu saja perkara yang merisaukannya, pewaris. Raja ini tidak mempunyai anak lelaki atau putera, yang ada hanya puteri. Keadaan ini membuatkan raja tidak tidur lena. Raja takut kalau sekiranya puteri tidak kahwin dan raja mati maka taktha itu akan diambil oleh saudaranya. Raja tidak mahu. Jadi raja pun mengambil keputusan untuk mencari bakal suami kepada puterinya. Raja menjemput para putera-putera datang ke negerinya.

Raja membuat temuduga untuk mendapatkan menantu yang paling sesuai tapi malangnya rata-rata putera itu semuanya tamak. Mereka semua lebih berminat dengan kekayaan raja tersebut. Puteri raja tersebut bukannya tidak lawa. Kalau setakat di negera ini tiada tolok bandingnya. Mungkin kecantikan puteri tersebut ditenggelami oleh kekayaan raja tersebut. Raja bertambah binggung, berfikir apa lagi cara untuk mencari menantu yang paling gagah dan berani, yang mampu mempertahankan negerinya nanti.

Akhirnya raja mendapat satu idea. Raja mengarahkan para tukangnya untuk membina satu tasik yang besar dan di tengah-tengahnya dibina pulau. Diatas pulau itu dibina istana yang sangat cantik. Istana itu khusus untuk puterinya tinggal. Beberapa lama kemudian, raja memanggil seluruh rakyat jelatanya. Berkumpul disekeliling tasik tersebut.
Raja pun membuat pengumuman.
' Hai, rakyat beta semua, siapa diantara kamu yang ingin berkahwin dengan puteri beta?' tanya raja. Hampir semua pemuda2 yang ada serentak menjawab 'saya tuanku'. Raja tersenyum, 'rupa2nya ada juga rakyat beta yang mahu puteri beta ini' kata raja dalam hati.
' Baiklah, kamu semua berpeluang untuk mendapatkan puteri beta. Malah segala kekayaan dan tahkta beta akan menjadi milik kamu. Dengan syarat, kamu harus berenang kepulau ini ' kata raja.
Apa lagi, semua pemuda yang berkeinginan pun merasakan syarat itu sangat mudah.
Sementera itu, raja mengarahkan pengawalnya menurunkan seekor lembu yang sangat gemuk kedalam tasik tersebut. Semua penduduk hairan kenapa lembu itu diturunkan ke air, tidak semana-mana ribuan buaya muncul menyambar lembu tersebut. Dalam sekelip mata saja lembu itu habis. Semua penduduk terkejut termasuklah pemuda-pemuda yang berminat itu. Rasa minat dan keinginan hilang terus. Takut mati dibaham oleh buaya. Raja pun berkata ' kepada yang berani silalah terjun dan berenang ke sini' Namun tiada yang berani, malah semuanya undur ke belakang. Raja menunggu dan menunggu.

Tiba-tiba kedengaran benda jatuh kedalam air dan bunyi kayuhan tangan yang sangat laju. Raja melihat seorang pemuda berani, berenang dengan lajunya menuju tempat raja tersebut. Semua penduduk bersorak. Pemuda itu sampai dengan selamat di pulau itu. Raja sangat gembira dan puas hati dengan keberanian pemuda tersebut. Pemuda itu duduk dan diam, kelihatan wajahnya pucat. Raja pun berkata' Wahai orang muda, kamu sangat berani, kamulah bakal menantu beta dan mintalah apa yang kamu mahu'. Pemuda itu berdiri sambil berkata' Tuanku, patik tidak mahu puteri atau harta tuanku, patik hanya mahu tahu siapa yang tolak patik ke dalam tasik. Itu saja. Nasib baik patik tidak di baham oleh buaya tadi ' sambung pemuda tersebut. Apabila raja mendengar kata pemuda tersebut, raja terus terduduk tanpa sebarang suara..

Moral dalam cerita ini ialah dalam diri kita, terdapat satu kekuatan yang kita tidak sedar. Kekuatan ini hanya akan terserlah dalam keadaan tertentu ataupun bila ada sesuatu yang memaksanya keluar. Ramai orang yang tidak sedar akan kekuatan ini. Cuba kamu renungkan..pernahkah kamu mengalami satu keadaan dimana secara tiba-tiba kamu dapat mengatasinya?....

FIELD OF DREAMS

7:38 PTG Posted In Edit This 2 Comments »
Entri tompinai kali ini berkisar dengan satu filem yang tompinai tengok di HBO. Pada mulanya, tompinai tidaklah ambil kisah sangat ceritanya tetapi kerana pelakonnya merupakan antara pelakon kesukaan tompinai maka tompinai pun duduk tengok.
Field of dream ini mengisahkan seorang anak yang telah mengabaikan kemahuan atau keinginan ayahnya. Ayahnya sangat berminat dengan sukan baseball tetapi tidak berjaya menyertai mana-mana kelab. Lantaran itu. si ayah telah melatih anaknya supaya satu hari nanti anaknya akan menyertai kelab. Namun apa yang berlaku, si anak telah bertindak tidak mahu mengikuti kemahuan ayahnya, malah si anak telah menyakitkan hati ayahnya. Sehingga si anak berkeluarga dan mempunyai kerjaya sendiri, si anak lupa dengan ayahnya. Hanya semasa pengebumian ayahnya saja si anak hadir. Segala keinginan dan kemahuan ayahnya itu telah menjadi kekecewaan ayahnya.
Beberapa lama kemudian si anak lama kelamaan sedar akan kesilapannya tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk menebusnya. Semasa si anak bersiar2 di ladang jagungnya, si anak mendengar satu suara yang meminta supaya si anak membina satu gelanggang baseball. Si anak harian kerana untuk apa. Namun suara-suara itu, sentiasa menyuruhnya. Apa yang berlaku, si anak membina padang baseball di kawasan ladang jagungnya dan siapa yang datang bermain, semua roh2 pemain baseball yang ayahnya minat dan yang pernah di kutuk oleh si anak tersebut. Untuk cerita selanjutnya mungkin lebih baik tengok sendiri.
Apa yang tompinai ingin nyatakan disini, filem ini sebenarnya menyatakan betapa besarnya kasih seorang ayah kepada anaknya. Si ayah tahu yang dia tidak berkemampuan untuk menjadi seperti apa yang dia inginkan tetapi dia boleh membantu anaknya, membentuk anaknya.