Banjir Kota Marudu

3:18 PTG Posted In Edit This 0 Comments »
SABTU. KOTA MARUDU : Keadaan banjir di kawasan Kota Marudu masih lagi belum pulih sepenuhnya. Beberapa tempat masih lagi di tenggelami air. Pihak berkuasa belum lagi membenarkan penduduk kampung yang dipindahkan ke pusat pemindahan pulang ke kampung mereka. Menurut sumber, pihak berkuasa masih lagi memantau keadaan dan berharap para mangsa banjir bersabar. Keperihatinan pihak bertindak banjir Kota Marudu juga jelas apabila beberapa pusat pemindahan setakat ini telah menerima bantuan makanan. Terdapat juga kumpulan NGO dan Syarikat utama negeri ini telah mula menghulurkan bantuan. Berdasarkan laporan pihak Jabatan Pihak Kaji Cuaca, keadaan cuaca akan kekal untuk masa-masa terdekat ini.

Merentas Desa SMKKM.

12:57 PG Posted In Edit This 0 Comments »



SEDIA SEBELUM BANJIR

9:27 PTG Posted In Edit This 3 Comments »

Inilah keadaan di bilik guru sesi pagi. Semua barang-barang yang berkenan telah diletakkan ditempat yang tinggi. Pobia dengan apa yang berlaku pada awal tahun 2008, dimana banjir telah melanda sekolah ini sebanyak 3 kali. Apa lagi hampir semua rosak. Meja guru baru saja sampai belum seminggu digunakan. Meja ini pantang kena air. kalau dah terendam gerenti kembang lepas tu roboh. Kalau meja dari kayu. tahan.. Sabar sajalah warga pendidik.. walaupun dalam keadaan begini, pembelajaran tetap diteruskan.

SMK KM: MERENTAS DESA.

9:01 PTG Posted In Edit This 3 Comments »

KOTA MARUDU : Acara merentas desa terpaksa di teruskan walaupun keadaan cuaca tidak menentu. En.Josil Kiduta, Setiausaha MSS SMKKM, berkata acara ini tetap diteruskan tetapi melalui laluan baru. Laluan lama tidak dapat digunakan disebabkan ada beberapa bahagiannya telah dinaiki air. Oleh itu, sebagai alternatif plan B terpaksa digunakan. Menurut beliau lagi, pertandingan merentas desa peringkat daerah akan berlangsung pada selasa depan, jadi mahu tidak mahu kena jalankan juga. Acara merentas desa kali yang ke 9 ini telah dijuarai oleh Rumah Sri Marudu. Seramai 40 orang peserta yang berjaya menduduki 10 teratas setiap kategori telah dipilih mewakili sekolah ke peringkat daerah nanti. Puan Tan Poo Choo, pengetua SMK KM dalam ucapan penutupannya menyatakan rasa gembiranya kerana acara ini berjaya dijalankan tanpa sebarang insiden. Beliau juga berharap peserta yang terpilih mewakili sekolah, membuat persediaan sebaik mungkin bagi peringkat daerah. Beliau juga amat berbangga dengan komitment penganjur kerana berusaha untuk menjalankan acara ini.

Sesak: Apabila tidak terkawal.

1:01 PG Posted In Edit This 5 Comments »

Beginilah keadaan di kawasan letak kenderaan depan SMK Kota Marudu. Keadaan tidak terkawal apabila Cuaca tidak baik. Masing-masing mahu cepat keluar.

ANGKARA BANJIR

12:28 PG Posted In Edit This 2 Comments »

Hujan yang turun tidak menentu menyebabkan keadaan di sekolah kelam kabut. Murid-murid tidak tenang duduk sebab risau, takut kalau banjir. Pada sesi sebelum rehat, proses pembelajaran berjalan lancar tetapi selepas waktu rehat,suasana berubah. Apa tidak, beberapa tempat di sekitar pekan Kota Marudu sudah mula di naiki air. Lebih kurang jam 11.00 pagi, ramai ibu bapa datang ke sekolah mengambil anak mereka. Menurut ibu bapa, mereka risau kalau sekiranya hujan berterusan laluan ke kampung mereka akan di naiki air. Mahu tidak mahu, pihak sekolah terpaksa membenarkan guru2 dan pelajar pulang terutama mereka yang dari kawasan yang telah di kenalpasti air semakin meningkat. Pihak sekolah juga menerima laporan dari pihak polis yang keadaan banjir telah sampai ke peringkat berbahaya. Atas nasihat pihak yang berkenan, pihak sekolah membenarkan sama sekali guru2 dan stafnya pulang pada jam 12.30 tengahhari. Itu pun selepas membuat kerja-kerja memindahkan barang2 penting ke tingkat atas. Nanti basah,siapa tanggung.. Sekolah kami juga telah di jadikan sebagai pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir dari kampung kuranji ( Kampung ini terletak di jalan kota marudu tandek). Sedih juga tengok mereka ni tapi apa boleh buat. Inilah angkara banjir. Segala-galanya terganggu. Gangguan bekalan elektrik juga berlaku sebanyak 3 kali. Bekalan lilin di kedai-kedai pekan goshen juga habis mendadak..(Kelihatan mangsa banjir berehat)

HUJAN OH HUJAN

2:18 PTG Posted In Edit This 8 Comments »

Hujan turun tidak berhenti sejak dari petang semalam menyebabakan, beberapa kawasan di daerah Kota Marudu dinaiki air. Keadaan ini menyebabkan rasa risau timbul, takut berulang peristiwa banjir awal tahun 2008. Kegiatan harian terganggu. Kebanyakan orang berfikir,kalau hujan ini tidak reda pasti banjir akan berlaku. Memang dah pobia orang-orang kota marudu ni. Kalau selalu kena banjir tak apa sebab dah biasa, ni sekali sekala..satu lagi, mana nak cari tempat yang sesuai untuk mengelak banjir. Kebanyakan penempatan di kawasan ini terletak di kaki bukit. Ramai yang mengharapkan agar banjir tidak berlaku. Kami, warga pendidik di SMK Kota Marudu telah mula membuat pemindahan buku2,fail2,alatan dan macam2 lagi ke tingkat atas. Nanti kalau tak buat, pasti kelam kabut kalau banjir datang. Kalau kejadian banjir tahun 2008, 3 kali sekolah kena banjir. Lepas banjir pertama, kami bergotong royong bersihkan sekolah, sekolah dah dibersihkan, banjir melanda lagi untuk kali yang kedua. teruk.. nak buat apa lagi. Akhirnya pembersihan dibuat selepas yang ketiga kali itu pun masih was-was, kalau banjir lagi.. pasti pening kepala. Apa-apa pun, harap hujan tidak berterusan. nanti merentas desa hujung ni tak jadi..he..he.. hujan-hujan... kadang baik, kadang menyusahkan...

Ahad yang indah

10:16 PTG Edit This 2 Comments »

Pagi ini saya tidak kemana-mana. Duduk dirumah saja sambil-sambil melawat blog. Anak-anak sibuk dengan rancangan kartun. Kalau cuti-cuti macam ni, budak2 lebih suka lepak dirumah sambil menonton TV. Pada akhir-akhir ini minat mereka berubah. Asyik depan komputer saja. Rupa-rupanya mereka sedang bermain games internet.. hai..ini dah lebih...ni, peluang saya untuk menggunakan komputer pun terbatas sudah. Kalau c ulung ( yang bungsu) control abis laptop ibunya. Jadi c olol dengan c uluk terpaksa bertukar-tukar guna laptop saya. Ada satu perkara yang saya kagum dengan budak2 saya ni.. sebelum mereka on laptop, mereka akan tanya dulu..

C ulung : Pa, kau sibukkah guna komputer kau?

Bapa : tidak, kenapa?

C ulung : kami mau pakai, one aje...tapi aku ibu punya...

One maksudnya..satu kali saja...

Bapa : ba.. tapi tidak bole lama..nanti panas...

C ulung : ok... abang! hidupkan... Uluk! laptop ibu aku punya...

C uluk : Abang! saya dulu...

C Olol : Lepas tu..saya...janji..

C uluk : ba... Ulung...jangan dulu, tanya ibu..nanti ibu marah tu...

C Ulung : aku sudah tanya bapa tadi...dia benarkan.....

C Uluk : Wah! hebat o..Kau Ulung dapat games ben10...

ini antara dialog anak-anak saya... dan biasanya sampai masa yang ditetapkan mereka berhenti walaupun kadang2 terlebih masa..tapi biasanya angkara c ulung sebab suka sangat mengambil giliran abangnya.