BICARA IKHLAS DARI TOMPINAI

1:31 PG Posted In Edit This 2 Comments »
Semasa saya membaca beberapa entri dalam blog SAM, di kaca TV pula berlangsung angkat sumpah President AS. Saya bermonolog sendiri... kenapa sampai begitu gemilang sekali acara angkat sumpah President AS ini? Apa yang menjadikan ia kelihatan amat penting? Sedangkan masih terdapat persoalan yang belum terjawab tentang peranan AS secara global. Kita pasti akan bertanya mampukah President AS ini menjadi peneraju kepada keamanan dunia? Mampukah ia menjadi pengantara kepada konflik Israel dan Palestin atau memulihkan keamanan di Iraq dan Afganistan? Selama ini negara AS merupakan pelopor kepada demokrasi tetapi kenapa masih kedengaran kes-kes penindasan kaum di dalam negara itu sendiri. Penduduk-penduduk AS masih lagi mengalami masalah perkauman... Berdasarkan ini, layakkah AS menjadi penarju dalam mempelopori DEMOKARSI di negara lain... Pada pandangan saya, semua ini ( siaran langsung angkat sumpah ) hanya bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Media AS ingin memberikan pandangan pertama dunia kepada pemimpin sebagai yang hebat..kononnya memiliki super power...Ini adalah antara strategi terhebat mereka..Hasilnya dunia akan melihat AS secara luaran saja...INILAH SALAH SATU PERMAINAN POLITIK...
Berbalik kepada artikel dalam blog SAM.. kebanyakan artikelnya dapat merangsang minda para baca..daripada sejarah kepada dunia masa kini merangkumi kemanusiaan..ramuan resepi yang mampu melambatkan pembaca memakan ayam KFC.., Cetusan minda dari pemikir-pemikir Generasi muda masa kini. Kekreatifan para pemikir muda ini menjadikan SAM lain daripada lain. Dalam masa yang sama saya cuba-cuba memberi ulasan peribadi, rupa2 nya ulasan-ulasan saya telah menarik perhatian mereka. Oleh itu, saya tidak akan menghampakan anda semua.. saya akan bersama2 anda untuk menambah Kekuatan AURA SAM....

SUARA ANAK MARUDU

2:06 PG Posted In Edit This 2 Comments »
ketika saya melayari beberapa blog, banyak maklumat yang saya kira amat sesuai untuk menjadi santapan minda. Paling menarik adalah posting2 yang ada dalam blog Suara Anak Marudu. Posting mereka merupakan cetusan pemikiran golongan muda atau generasi muda. Ahli2 blog terdiri daripada pelbagai peringkat. Inilah intipati yang menjadikan blog ini amat menarik. Saya percaya mana2 mereka yang telah melayari blog ini pasti mempunyai pandangan yang sama dengan pandangan saya. Kewujudan blog ini merupakan inisiatif sekumpulan bloger yang mahu supaya idea mereka dapat dikumpulkan dalam satu ruang. dan juga menjadi pusat pertemuan maya mereka.

SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

1:51 PG Posted In Edit This 1 Comment »



wajah ceria dalam kepenatan

1:36 PG Posted In Edit This 0 Comments »



SELEPAS BANJIR

1:25 PG Posted In Edit This 0 Comments »
Ini kesibukan kami pada hari pertama minggu ini. Mengemas dan menyusun bilik guru. Memang tension jugalah tapi melihat kepada wajah-wajah anak didik yang ceria, stress pun hilang. Kami sebenarnya risau kalau-kalau selepas ini banjir akan melanda. Pada hari yang sama juga, exam exel bermula. bertambah kelam kabut kami. Mujur kami ada ketua yang bijak mengatur kalau tak bertabur habis. Syabas Warga SMK KM.

WAJAH-WAJAH DI SMK KM

10:40 PTG Posted In Edit This 0 Comments »