TELUK MARUDU DARI PUNCAK BUKIT PANCARAN

1:28 PG Posted In Edit This 0 Comments »

INDAHNYA KOTA MARUDU DIMATAKU : TOMPINAI

12:50 PG Posted In Edit This 2 Comments »
BUNGA LIAR YANG CANTIK
SEBELUM IA MENJADI BUNGA




Petang kelmarin saya membawa atlit saya membuat larian mendaki. Lokasi tujuan kami ialah Bukit Pancaran yang terletak di kawasan Langkon. Lokasi ini memang menjadi tumpuan para pejogging kerana ia mempunyai laluan yang baik ( beraspal ) hingga ke puncak. Laluannya juga agak jauh lebih kurang dalam 3 kilometer. Walaupun agak penat tetapi kepenatan itu hilang apabila melihat keindahan alam sekelilingnya. Semasa kami sampai, keadaan agak berkabus kerana hujan turun rentik-rentik. Dari puncak, kelihatan di hujung sana, terbentang luas pemandang seluruh kawasan Kota Marudu. Teluk Marudu juga kelihatan dengan jelas. Walaupun kawasan itu di kelilingi oleh ladang-ladang tetapi di bahagian puncak jelas masih dalam keadaan terpelihara. Melihat panorama itu, hati bertanya kenapa pihak-pihak yang berkenan tidak berusaha untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan pemerhatian. Rasanya kalau ia dimajukan pasti akan menjadi tumpuan kerana tempat itu amat strategik. Keindahan alam flora dikawasan tersebut boleh dijadikan sebagai daya tarikan dan ia masih lagi boleh diperbanyakkan. Ramai orang bertanya apalah yang boleh dijadikan sebagai daya tarikan untuk daerah Kota Marudu. Sebenarnya selain daripada kepelbagaian budayan, keindahan alam semulajadinya boleh menjadi daya tarikan.


SUKAN OLAHRAGA: FAKTOR KEJAYAAN SMK KOTA MARUDU.

10:33 PTG Posted In Edit This 3 Comments »
Dalam mencapai sesuatu kejayaan, banyak perkara yang perlu diberi perhatian. Adakalanya kisah lalu atau sejarah lampau menjadi rujukan. Sejarah lampau merupakan satu perkara yang tidak boleh dianggap remeh. Dari sejarah inilah kita dapat membuat penilaian dan seterusnya mengetahui apa yang perlu kita perbaiki atau ubah ataupun yang patut kita lakukan.

Kejayaan SMK Kota Marudu dalam mengekalkan kejuaraan telah dibantu oleh beberapa faktor.


  • Kerjasama yang jitu dikalangan para jurulatih. Para jurulatih telah bergabung idea dalam merangka program latihan sepanjang tahun.

  • Pembahagian tugas juga dibuat. Pembahagian ini lebih kepada pengkhususan. Dimana jurulatih tidak terlibat dalam pengurusan atlit. Pengurusan atlit terletak dalam bidang tugas pengurus mengikut kategori. Segala urusan dokumen, pendaftaran peserta dan penyediaan peserta adalah tanggungjawab pengurus dokumen. Selain itu, sekiranya atlit sakit yang menghantarnya adalah pengurus dibantu oleh fisioterapi dan juga pemandu.

  • Setiap acara juga telah diletak jurulatih masing-masing. Jadi jurulatih tidak terlari2. Peletakan jurulatih ini juga dibuat berdasarkan kepakaran mereka.

  • Pengurusan keseluruhan pula terletak ditangan pengurus pasukan,dibantu oleh timbalan pengurus pasukan. Merekalah yang menjadi saluran kepada pihak pentadbir. Segala keperluan atlit, pengurus pasukan yang bertanggungjawab.

  • Selain itu buat pertama kalinya, pembantu jurulatih diwujudkan. Pembantu jurulatih ini akan menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh jurulatih apabila jurulatih mempunyai komitmen lain seperti masuk kelas. Para pembantu jurulatih ini terdiri daripada atlit senior atau pelajar tingkatan 6

  • Sokongan pentadbir, kalau sekiranya pentadbir tidak memberi sokongan pasti agak sukar untuk menghasilkan sesuatu kejayaan tetapi kalau adanya sokongan itu, makan kejayaan itu pasti tercapai.

  • Yang terakhir sekali, Perancangan yang berkesan seperti program pencarian bakat dan program latihan sepanjang tahun.

Inilah faktor-faktor yang pada pandangan saya telah menjadi kunci utama kepada kejayaan kami pada tahun ini.