YANG KITA TIDAK SEDAR

1:32 PG Posted In Edit This 3 Comments »


(sekadar gambar hiasan)

Al kisah, terdapat sebuah negeri yang diperintah oleh seorang raja yang sangat bijaksana dan adil. Pemerintahannya yang saksama menyebabkan negeri ini maju dan makmur. Rakyat jelatanya hidup aman damai. Segala hasil tanaman, ternakan dan buruan sentiasa mencukupi. Boleh dikatakan, dalam negeri jarang sekali berlaku krisis kekurangan makanan. Amat jarang sekali raja mendapat laporan yang rakyatnya mengalami kebuluran.

Kehidupan yang aman damai ini membuatkan raja senang hati. Walau bagaimana pun hanya satu saja perkara yang merisaukannya, pewaris. Raja ini tidak mempunyai anak lelaki atau putera, yang ada hanya puteri. Keadaan ini membuatkan raja tidak tidur lena. Raja takut kalau sekiranya puteri tidak kahwin dan raja mati maka taktha itu akan diambil oleh saudaranya. Raja tidak mahu. Jadi raja pun mengambil keputusan untuk mencari bakal suami kepada puterinya. Raja menjemput para putera-putera datang ke negerinya.

Raja membuat temuduga untuk mendapatkan menantu yang paling sesuai tapi malangnya rata-rata putera itu semuanya tamak. Mereka semua lebih berminat dengan kekayaan raja tersebut. Puteri raja tersebut bukannya tidak lawa. Kalau setakat di negera ini tiada tolok bandingnya. Mungkin kecantikan puteri tersebut ditenggelami oleh kekayaan raja tersebut. Raja bertambah binggung, berfikir apa lagi cara untuk mencari menantu yang paling gagah dan berani, yang mampu mempertahankan negerinya nanti.

Akhirnya raja mendapat satu idea. Raja mengarahkan para tukangnya untuk membina satu tasik yang besar dan di tengah-tengahnya dibina pulau. Diatas pulau itu dibina istana yang sangat cantik. Istana itu khusus untuk puterinya tinggal. Beberapa lama kemudian, raja memanggil seluruh rakyat jelatanya. Berkumpul disekeliling tasik tersebut.
Raja pun membuat pengumuman.
' Hai, rakyat beta semua, siapa diantara kamu yang ingin berkahwin dengan puteri beta?' tanya raja. Hampir semua pemuda2 yang ada serentak menjawab 'saya tuanku'. Raja tersenyum, 'rupa2nya ada juga rakyat beta yang mahu puteri beta ini' kata raja dalam hati.
' Baiklah, kamu semua berpeluang untuk mendapatkan puteri beta. Malah segala kekayaan dan tahkta beta akan menjadi milik kamu. Dengan syarat, kamu harus berenang kepulau ini ' kata raja.
Apa lagi, semua pemuda yang berkeinginan pun merasakan syarat itu sangat mudah.
Sementera itu, raja mengarahkan pengawalnya menurunkan seekor lembu yang sangat gemuk kedalam tasik tersebut. Semua penduduk hairan kenapa lembu itu diturunkan ke air, tidak semana-mana ribuan buaya muncul menyambar lembu tersebut. Dalam sekelip mata saja lembu itu habis. Semua penduduk terkejut termasuklah pemuda-pemuda yang berminat itu. Rasa minat dan keinginan hilang terus. Takut mati dibaham oleh buaya. Raja pun berkata ' kepada yang berani silalah terjun dan berenang ke sini' Namun tiada yang berani, malah semuanya undur ke belakang. Raja menunggu dan menunggu.

Tiba-tiba kedengaran benda jatuh kedalam air dan bunyi kayuhan tangan yang sangat laju. Raja melihat seorang pemuda berani, berenang dengan lajunya menuju tempat raja tersebut. Semua penduduk bersorak. Pemuda itu sampai dengan selamat di pulau itu. Raja sangat gembira dan puas hati dengan keberanian pemuda tersebut. Pemuda itu duduk dan diam, kelihatan wajahnya pucat. Raja pun berkata' Wahai orang muda, kamu sangat berani, kamulah bakal menantu beta dan mintalah apa yang kamu mahu'. Pemuda itu berdiri sambil berkata' Tuanku, patik tidak mahu puteri atau harta tuanku, patik hanya mahu tahu siapa yang tolak patik ke dalam tasik. Itu saja. Nasib baik patik tidak di baham oleh buaya tadi ' sambung pemuda tersebut. Apabila raja mendengar kata pemuda tersebut, raja terus terduduk tanpa sebarang suara..

Moral dalam cerita ini ialah dalam diri kita, terdapat satu kekuatan yang kita tidak sedar. Kekuatan ini hanya akan terserlah dalam keadaan tertentu ataupun bila ada sesuatu yang memaksanya keluar. Ramai orang yang tidak sedar akan kekuatan ini. Cuba kamu renungkan..pernahkah kamu mengalami satu keadaan dimana secara tiba-tiba kamu dapat mengatasinya?....

FIELD OF DREAMS

7:38 PTG Posted In Edit This 2 Comments »
Entri tompinai kali ini berkisar dengan satu filem yang tompinai tengok di HBO. Pada mulanya, tompinai tidaklah ambil kisah sangat ceritanya tetapi kerana pelakonnya merupakan antara pelakon kesukaan tompinai maka tompinai pun duduk tengok.
Field of dream ini mengisahkan seorang anak yang telah mengabaikan kemahuan atau keinginan ayahnya. Ayahnya sangat berminat dengan sukan baseball tetapi tidak berjaya menyertai mana-mana kelab. Lantaran itu. si ayah telah melatih anaknya supaya satu hari nanti anaknya akan menyertai kelab. Namun apa yang berlaku, si anak telah bertindak tidak mahu mengikuti kemahuan ayahnya, malah si anak telah menyakitkan hati ayahnya. Sehingga si anak berkeluarga dan mempunyai kerjaya sendiri, si anak lupa dengan ayahnya. Hanya semasa pengebumian ayahnya saja si anak hadir. Segala keinginan dan kemahuan ayahnya itu telah menjadi kekecewaan ayahnya.
Beberapa lama kemudian si anak lama kelamaan sedar akan kesilapannya tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk menebusnya. Semasa si anak bersiar2 di ladang jagungnya, si anak mendengar satu suara yang meminta supaya si anak membina satu gelanggang baseball. Si anak harian kerana untuk apa. Namun suara-suara itu, sentiasa menyuruhnya. Apa yang berlaku, si anak membina padang baseball di kawasan ladang jagungnya dan siapa yang datang bermain, semua roh2 pemain baseball yang ayahnya minat dan yang pernah di kutuk oleh si anak tersebut. Untuk cerita selanjutnya mungkin lebih baik tengok sendiri.
Apa yang tompinai ingin nyatakan disini, filem ini sebenarnya menyatakan betapa besarnya kasih seorang ayah kepada anaknya. Si ayah tahu yang dia tidak berkemampuan untuk menjadi seperti apa yang dia inginkan tetapi dia boleh membantu anaknya, membentuk anaknya.

BICARA TOMPINAI

1:00 PG Posted In Edit This 8 Comments »
(sekadar gambar je. Dari filem underworld.)

Dalam masa beberapa hari, tompinai cuma melawat beberapa blog. Hampir kesemua blog bercerita tentang suasana politik negara dan gossip-gossip pak menteri. Tompinai tak laratlah nak campur kerana tompinai ni bukannya pandai sangat menilik ataupun mengomen. Bukannya apa, tompinai bukannya baik sangat. Tompinai pun ada kekurangan. Orang tua2 bilang jangan menyibuk pasal diri orang, lebih sibuk dengan diri sendiri nanti takut kalau tak terjaga..abis jadi abuk..besar maksudnya tu...tulah yang tompinai fikir.

Apa-apa pun tompinai kesian jugalah dengan rakan bloggers yang kena serang. Tak abis-abis kena hentam. Tujuannya baik tapi mungkin kerana emosional, jawapannya tersasar sikit. Tak pe le kawan, sabar je le. Da jawap cukup, tak payah ulas panjang2. Semakin banyak bercakap semakin mudah tersalah. Jadi biarlah komen-komen itu. Daripada komen2 itu, boleh dibuat kesimpulan betapa orang-orang KM ini sayang dengan pemimpin mereka.

Pemimpin yang jarang disebut atau ditegur merupakan pemimpin yang tidak disayangi. Pemimpin yang kerap ditegur dan dikomen adalah yang disayangi sebabnya kita tidak mahu dia alpa atau tersandung. Kita mahu pemimpin kita sentiasa ingat dengan kita. Tompinai percaya bukan mudah untuk menjadi pemimpin yang baik kerana apa saja perbuatan, tindakan atau perlakuan sentiasa disalahanggap. Baik pun kena cakap tidak baik,jahat pun kena cakap jahat juga.

Kalau nak puaskan hati semua, pasti huru hara jadinya. Ada kalanya, dalam mencapai sesuatu atau melakukan sesuatu pasti ada saja yang jadi 'kos melepas'. Bagi Tompinai, pandang dan lihat, dengar dan fahami, sampaikannya dengan menggunakan mata hati... Membuat sesuatu yang besar harus bermula dari yang kecil. Memang kita inginkan perubahan dalam daerah KM. Kita sokong dan Kita tegur. Kalau asyik hantam tak tentu pasal saja tiada guna. Nanti kita akan jadi pengkritik yang hebat tanpa sebarang kejayaan. Lebih kuranglah dengan tin kosong.

Kata salah satu komen di blog kawan.. sentiasa bawa cermin muka supaya dapat tengok muka sendiri sebelum mengata orang...betul ke ni...tak tau lah. Tompinai tak berani cakap....