KENAPA DAN MENGAPA

12:22 PG Posted In Edit This 0 Comments »
Kenapa banyak sangat tanda ?? muncul dalam minda ini? . Apakah semua mempunyai keadaan yang sama?. Kenapa tanda tanya itu kerap kali keluar dan kelihatan tidak ada penamatnya. Apakah memang kita dilahirkan dengan penuh persoalan supaya kita mampu berfikir tentang sesuatu yang kita tidak jangkakan? Pasti ramai yang terbabas kerana ketidakmampuannya untuk mengungkaikan sesuatu persoalan itu. Kadangkala kita fikir yang kita sudah berjaya menyelesaikan tapi benarkah, atau hanya main minda semata-mata? Kita sering mengelak daripada menjawab setiap persoalan itu. Kita sering mengelak daripada dipersoal tetapi berjayakah kita? Kita menyatakan yang kitalah betul tapi persoalannya benarkah? Kita cuba untuk menidakkan sesuatu yang jelas berlaku yang pasti menimbulkan persoalan tetapi berjayakah kita? Persoalan yang mudah menjadi sukar kerana sikap kita sendiri. Kita mengaku yang kita tidak risau apa-apa pun, benarkah? Atau itu hanya kata-kata yang digunakan untuk menyedapkan hati, takut disoal lagi. Sebenarnya kita telah meletakkan diri kita pada posisi yang mendatangkan banyak masalah. Kita jelas telah tewas oleh hati kita yang sering mempersoalankan orang lain. Kita anggap apa yang kita buat itu adalah sesuatu yang boleh memuaskan hati tapi sebenarnya kita telah membuat tempahan. Satu tempahan yang pasti memeranjatkan semua. Hanya kerana persoalaan dalam diri, akhirnya satu kata janji terabai. Jelas sekali pertanyaan, persoalan dan soalan dalam hidup menjadi penentu kepada masa depan kita.