KETIDAKSEIMBANGAN GLOBAL MUNGKIN BERULANG

11:49 PG Posted In Edit This 0 Comments »

Dasar China dianggap penentu kepada kestabilan ekonomi Amerika, dunia pada masa depan

BUKU sejarah pada masa depan, bergantung di mana ia ditulis dan hampir pasti akan menjadikan krisis kewangan dan ekonomi dunia hari ini, sebagai satu daripada dua sasaran untuk dipersalahkan. Satu pendekatan penulisan akan menyalahkan kelemahan peraturan, sikap terlalu menurut dasar kewangan dan sikap menyimpan yang tidak kukuh di Amerika Syarikat.

Satu lagi pendekatan, yang diketengahkan oleh pakar ekonomi Amerika seperti Alan Greenspan dan Ben Bernanke, akan menyalahkan jumlah kecairan keterlaluan oleh negara penyimpan terbesar di Asia Barat. Mereka mendakwa, semua kecairan terbabit perlu mengalir ke sesuatu tempat. Destinasi paling logik adalah negara yang memiliki pasaran kewangan paling kukuh, Amerika Syarikat di mana ia meningkatkan harga aset kepada satu paras yang tidak mampu ditampung.

Satu-satunya perkara yang dipersetujui mereka yang berada di kedua-dua kem itu ialah: ketidakseimbangan simpanan global – simpanan rendah di Amerika Syarikat dan simpanan tinggi di China serta pasaran yang baru muncul - memainkan peranan utama apabila membenarkan rakyat Amerika hidup dalam suasana melampaui kemampuan mereka.

Ia menggalakkan pembiaya kewangan berada dalam keadaan terdesak untuk memperoleh keuntungan berlipat kali ganda, dengan meletakkan kewangan mereka pada pelaburan yang lebih spekulatif.

Jika adapun konsensus dalam satu isu, adalah sukar mencapai tahap mustahil untuk memahami gelembung yang berlaku dan bagaimana gelembung itu boleh pecah, tanpa mengambil kira peranan ketidakseimbangan global.

Justeru, usaha mengelak krisis yang sama berulang pada masa depan memerlukan formula terbaik untuk meleraikan masalah ketidakseimbangan global ini. Ketika ini, petanda awal amat melegakan. Rakyat Amerika Syarikat mula menyimpan semula.

Menurut data terkini, defisit perdagangan Amerika Syarikat menjunam daripada AS$60 bilion kepada AS$26 bilion - dalam tempoh hanya sebulan. Jika mengambil perkiraan mudah, kita tahu negara dunia lain turut mengalami pertumbuhan begitu kecil.

Bagaimanapun, sebaik saja rakyat Amerika memulihkan semula akaun persaraan, mereka mungkin akan kembali kepada kehidupan mewah seperti sebelum ini. Malah, pentadbiran Presiden Barack Obama dan Rizab Persekutuan negara itu melakukan segala yang terdaya untuk menyuntik perbelanjaan Amerika.

Satu-satunya alasan mengapa defisit perdagangan Amerika terus jatuh ialah negara itu berada dalam suasana kemelesetan yang amat teruk, mengakibatkan import dan eksportnya turut menjunam.

Dengan proses pemulihan yang sedang berlaku, kedua-dua sektor terbabit mungkin pulih pada tahap sedia kala dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada enam peratus akan diperoleh kembali.

Negara itu bernasib baik kerana kemelesetan ekonomi yang berlaku tidak membabitkan perubahan dalam harga relatif atau kejatuhan teruk dalam nilai dolar, yang boleh memberi perubahan kekal dalam corak dagangan dan perbelanjaannya.

Sama ada berlaku sebarang pengurangan kekal dalam ketidakseimbangan global, akan bergantung sepenuhnya kepada keputusan yang dibuat di luar Amerika Syarikat, terutama negara seperti China. Kerana itu, antara persoalan yang timbul hari ini ialah bagaimana selama ini, negara lain mencatat lebihan begitu besar.

Satu pandangan ialah negara seperti China mencatat lebihan besar - hasil daripada polisi yang memihak kepada pertumbuhan eksport yang berfungsi begitu baik sejak sekian lama. Kita faham mengapa pemimpin China begitu sukar untuk melepaskan model yang terbukti begitu berkesan. Mereka tidak boleh menstruktur ekonomi mereka serta-merta.

Mereka tidak boleh memindahkan pekerja yang mencipta permainan kanak-kanak di Guandong kepada kerja membina sekolah di Barat China, dalam masa semalaman. Mereka memerlukan masa untuk membina satu jaringan keselamatan sosial untuk menggalak rakyat China mengurangkan sikap terlalu menyimpan dan berjimat.

Sekiranya pandangan ini betul, kita boleh menjangka untuk melihat kemunculan semula ketidakseimbangan global, selepas kemelesetan ekonomi hari ini berakhir dan ia akan pulih seperti sedia kala dengan kadar begitu perlahan.

Satu lagi pendapat ialah China menyumbang kepada ketidakseimbangan global, bukan melalui eksport barangan, sebaliknya melalui eksport modal. Kekurangan China bukan membabitkan permintaan ke atas barangan pengguna, tetapi bekalan aset kewangan berkualiti tinggi.

Isu ini dikesan berlaku di Amerika Syarikat, terutama dalam Perbendaharaan dan sekuriti yang disokong kerajaan – akibatnya ia menolak pelabur lain kepada pelaburan yang lebih spekulatif.

Kejadian yang berlaku kebelakangan ini gagal mengukuhkan kedudukan Amerika Syarikat sebagai pembekal aset berkualiti tinggi.

Bagi China pula, ia akan terus mengembangkan pasaran kewangan dan kemampuannya untuk meningkatkan aset kewangan berkualiti tinggi di dalam negara sendiri. Tetapi untuk melakukan tindakan itu, ia akan mengambil masa lama.

Sementara itu, Amerika Syarikat masih memiliki pasaran kewangan paling cair di seluruh dunia. Ia sekali lagi memberi interpretasi yang mengandaikan kemunculan semula ketidakseimbangan global sebaik saja kemelesetan ekonomi berakhir.

Satu-satunya perkembangan yang boleh mengubah andaian ini ialah sekiranya China melihat tindakan melabur dalam aset kewangan Amerika Syarikat sebagai satu cadangan yang akan merugikan mereka.

Pada pandangan mata kasar, defisit belanjawan Amerika Syarikat hari ini mungkin akan mencetus kebimbangan bahawa bon Amerika akan mencatat kerugian. Dasar tegas untuk menghapuskan semua hutang pula mungkin mencetus kebimbangan lebih parah.

Jika itu berlaku, China mungkin akan mengambil tindakan tegas dengan menarik diri - nilai dolar akan menjunam, Rizab Persekutuan mungkin terpaksa meningkatkan kadar faedah - yang sekali lagi akan menghumban negara itu kembali ke dalam kemelesetan.

Ada dua harapan untuk mengelak daripada berlaku bencana ini. Satu ialah bergantung kepada budi bicara China untuk menstabilkan ekonomi Amerika dan dunia.

Satu lagi harapan ialah untuk pentadbiran Obama dan Rizab Persekutuan negara itu menyediakan butiran lengkap mengenai cara untuk menghapuskan defisit belanjawan serta mengelak daripada berlaku inflasi, sebaik saja zaman kemelesetan ini berakhir.

Pilihan kedua ternyata lebih digemari. Lagi pun, apa yang lebih baik daripada kita menentukan nasib kita sendiri.

Penulis ialah Profesor Ekonomi Universiti California, Berkeley. (Rencana disediakan oleh Project Syndicate).

( sumber: Berita harian )

KEARAH KEJAYAAN : MINDA

11:17 PTG Posted In Edit This 0 Comments »

" KAMU PASTI BOLEH SEKIRANYA KAMU FIKIR BOLEH"
Dalam mencapai sesuatu kejayaan, penguasaan minda merupakan perkara yang paling utama. Maksud penguasaan disini adalah mengenali dan memahami apa yang kita mahu dan apa yang kita boleh lakukan. Dalam minda kita, wujud banyak perkara yang logik dan tak logik. Jadi kita beri perhatian kepada yang logik atau rasional. Satu idea yang boleh di realisasikan, idea yang boleh diterima oleh semua.

Dalam kita berusaha untuk mengutarakan idea kita itu dan seterusnya menjadikannya, kerjasama atau persefahaman dalam pemikiran terlebih dahulu diperolehi. Selalunya kita mengharapkan apa yang kita rencanakan itu diterima bulat-bulat. Harus diingat dalam 10 pasti ada seorang dua yang akan tidak setuju. Kita harus lihat apa yang mereka inginkan dan harus membincangkan idea-idea itu bersama. Kalau boleh digabungkan,gabungkan supaya menjadi lebih baik. Oleh itu, kita harus terlebih dahulu memberi kerjasama, barulah mudah untuk mendapat kerjasama.

Kelemahan kita sebagai manusia bermula dari dalam diri kita sendiri antaranya kurang toleransi, dengki, cemburu, ego dan kurang sabar. Itu antara yang pasti namun masih ada lagi. Kelemahan ini mesti terlebih dahulu diatasi ataupun dikuasai barulah mudah untuk kita bergerak kehadapan, kearah kejayaan.

Apa yang Tompinai bicarakan ini merupakan hasil dari pembacaan tompinai. Sekurang-kurangnya tompinai dapat berkongsi maklumat dan belajar bersama. Salam.

MANUSIA OH MANUSIA

10:37 PTG Posted In Edit This 0 Comments »

(Gambar Hiasan: Filem Ong Bak 2)
Memetik kata Sangguru, BILA MANUSIA SEPRTI BA.. yang memperlihatkan kerakusan mereka untuk menyondol apa saja. Manusia ini hilang pertimbangannya hanya kerana jiwa dan hati mereka dikuasai oleh nafsu kehendak,keinginan. Ketidakupayaan mereka ini menyebabkan hilang keluarga, hilang kawan malah yang paling teruk kehancuran keluarga. Nak dikatakan mereka ini tidak berfikiran atau tidak berilmu, tak juga sebab rata2 nya mempunyai kedudukan yang tinggi.

Pemerintah memberikan atau menyediakan dana yang cukup untuk membina negara atau sesuatu yang perlu tetapi selalunya akan dikata tidak mencukupi. Dimana silapnya dan dimana kurangnya? Kata orang kampung,banyak saringannya. Alih-alih yang mendapat musibah adalah kita yang dibawah ini. Apa yang diharapkan oleh pihak pemerintah untuk dinikmati dan dikecapi tidak kesampaian. Ada pun tidak memuaskan. nak salahkan pemerintah tak boleh sebab pemerintah sudah cuba sebaik mungkin tapi inilah manusia, manusia yang bertindak tanpa melihat keperluan orang lain.

Kata Sangguru, apa yang berlaku ini adalah disebabkan oleh angkara manusia itu sendiri. Manusia yang berjiwakan wang,kuasa dan macam-macam lagi. Adakah masih ada manusia yang berhati mulia? satu pertanyaan yang sukar dijawap. Kita jawab dalam hati kita masing-masing.

Apa2 pun ini hanyalah sekadar ulasan semata-mata. Tompinai bukanlah pakar dalam menilai orang. Tompinai sendiri masih lagi belajar dalam mengenali dunia ini. Kata aki, tak kenal maka tak tahu, tak tahu maka tak faham...( hanya tulun sokid saja tau...sana kampungan....). Salam

RAKYAT SABAH IKON INTERGRASI KAUM

11:32 PG Posted In Edit This 0 Comments »


( http//teratakkasih-jesvi.blogspot.com )
"Rakyat Sabah merupakan ikon intergrasi kaum di Malaysia yang harus dipelihara dan dipertahankan. Ini kerana rakyat di Negeri Di Bawah Bayu kaya dengan pelbagai adat resam dan budaya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Dengan semangat muhibah dan toleransi, kita mampu hidup dalam keadaan harmoni biarpun berlainan kepercayaan ataupun ideologi politik yang berbeza".Sebahagian petikan dari ucapan oleh Datuk Haji Abdul Rahim Ismail semasa merasmi Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Sabandil, Papar.( sumber: Daily Express )

Keunikan yang sememangnya tidak dapat dinafikan. Rakyat Sabah boleh dikatakan bertuah kerana apapun perayaan yang dilakukan pasti mendapat sambutan dari pelbagai lapisan masyarkat. Kepelbagaian adat resam dan kepercayaan sama sekali tidak menjadi halangan, malah ia akan dapat memperlihat keakraban, kejituan semangat kekitaan. Kita pernah mendengar program intergrasi peringkat kebangsaan namun tidak pasti dengan hasilnya.

Akhir kata, Kita berharap agar rakyat Sabah sentiasa mengamalkan semangat kekitaan ini tanpa sebarang halangan. Memetik kata tekong SAM, Tokou e tokou. Salam.


PUSAT BUDAYA KOTA MARUDU / GALERI BUDAYA KOTA MARUDU: REALITI ATAU IMPIAN..

12:13 PTG Posted In Edit This 3 Comments »
Pasti ramai yang tertanya-tanya dan juga mungkin tercari-cari dimanakah tempatnya. Kita tahu beberapa daerah di Sabah telah mengekspolitasi kelebihan alam semulajadi atau keunikan budaya untuk menonjolkan diri. Kota Marudu sendiri tidak kurang hebatnya. kalau disebut senarainya, pasti panjang berjala. Persoalannya disini, kenapa langsung tidak ada usaha dalam menjadikan daerah sebagai salah satu destinasi pelancongan? Maaf kalau sekiranya sudah ada tapi kenapa tiada tanda-tandanya?

Apakah menjadikan daerah sebagai suatu destinasi lawatan membebankan? Mungkin kalau sendirian pasti payah tapi kalaulah dapat duduk bersama semua agensi dan ngo-ngo yang ada di daerah ini,pasti kupasan idea itu lebih banyak. Janganlah hanya kerana daerah ini bukanlah tempat kelahiran maka ia dibiarkan saja. janganlah hanya kerana bertugas disini keinginan untuk memajukan tempat ini atau menjadikan daerah ini dikenali terhalang.

Keinginan untuk melihat daerah sebagai salah satu tempat yang wajar dilawati sentiasa ada. Kita tidak mahu hanya sebagai persinggahan saja tetapi ada temapat yang boleh dilawati. Antara yang menjadi pilihan penulis adalah PUSAT BUDAYA KOTA MARUDU ATAU GALERI BUDAYA KOTA MARUDU. Penulis rasakan inilah yang paling sesuai untuk daerah ini kerana daerah ini didiami oleh beberapa etnik yang rata-rata belum dikenali oleh orang luar. Selain itu, ia dapat juga menjana ekonomi daerah.

Penulis bukannya pakar ataupun bijak dalam hal ini, sekadar menyumbang idea saja. Wawasan untuk menjadikan daerah terkeluar dari belenggunya mesti ada. Sebagai anak watan daerah ini, penulis merasa perlu untuk cuba berkonsi idea.