BICARA HATI

12:08 PTG Posted In Edit This 1 Comment »
SUDUT BICARA TOMPINAI


Dua wajah

Semalam lebih kurang jam 11 malam, saya mendapat sms dari seorang kawan. Dalam sms itu, beliau menyatakan rasa kecewa dengan sikap beberapa individu. Individu ini adalah antara orang-orang penting di daerah ini.

Apa yang buat kawan itu meluat, sikap mereka yang bermuka-muka. Depan bukan main baik, orang cakap semut dipijak pun tidak akan mati, siap guna' jak buaya' lagi untuk memuji, mendabik dada mengatakan kamilah yang layak taapiii...bila saja berada dibelakang, perangai syaitan keluar. Kutuk sini,kutuk sana dan macam-macam lagi.

Big Boss di tuduh tidak pandai, kalau bukan kami yang tolong, tiada ba dia itu. Kamilah yang berada didepan bilang. Depan apa, bila big boss turun, semua tunduk kebawah, kalau boleh, big boss dijulang supaya big boss tau yang mereka ini hormat dengan dia..chisss...dasar pengampu...tapi saya percaya big boss tau juga sikap orang-orang dia ni. kemudian yang paling sadis bila tuduhan dilemparkan kepada SAM.

SAM dikatakan sebagai platform pada seseorang untuk menaikkan diri, bilang lagi semua warga SAM dipergunakan. Punyalah jahat ini orang. Kalau tidak tahu dan kenal SAM, cuba jangan sembarang tuduh. Ok..Kalau nak sangat bantu SAM atau ada hati nak sertai SAM, terus-terang, Jangan main cakap saja, Hei...kamu kutuk seorang Warga SAM bermaksud kamu kutuk kami semua. Kamu menidakkan kemahuan warga Kota Marudu untuk mendapatkan maklumat. Be...pro lah bos...

kalau sekiranya kamu boleh buat, kira bolehlah tu. Kalau tidak berjaya, maka ada problemlah tu...jadi jangan salahkan orang lain atas kelemahan sendiri. Harus diingat, SAM berjuang untuk memaparkan segala masalah di daerah ini. Disamping itu, mengetengahkan setiap kemajuan dan pembaharuan oleh pihak kerajaan.

SAM tidak berminat dengan dunia politik kota marudu yang rakus, jijik dan menyedihkan. Apa tidak, ada yang sudah lama bersama, sudah lama menabur bakti, dikenakan oleh kawan-kawan yang baru saja. Memang tidak patut. So...kepada mereka-mereka yang berwajah dua, hati-hatilah kerana kata dinakan ada mata diatas sentiasa melihat. Biarlah, kalau sudah ditegur tu, terimalah dan jangan pula kasi pindah itu tempat org lain...hehehe...

Ingat untuk semua pembaca SAM. SAM adalah bebas, tidak terikat dengan mana-mana parti politik. Sesiapa pun boleh mengirim artikel dan kalau sesuai SAM akan siarkan...SAM adalah untuk rakyat Kota Marudu......

BICARA TANPA SUARA

11:04 PTG Posted In Edit This 2 Comments »
HANYA AKU, DAN BERSAMA AKU, HANYALAH HATI.

MENCARI CAHAYA DI KEGELAPAN ALAM.

AKU DAN HATI KU MERANTAU BERSAMA.

MENGHARAPKAN SECUBIT KASIH, SEDETIK CINTA.

DI ALAM YANG SEMAKIN GELAP INI. MENGHARAPKAN CAHAYA SAYANG.

NAMUN KASIH TELAH LENYAP, CINTA TELAH TIADA.

APAKAH INI TANDANYA JIWA SUDAH KOSONG?....

BICARA PAGI

10:25 PTG Posted In Edit This 0 Comments »

BILA SANG TUPAI MULA MENIRU MANUSIA

HAVE A NICE DAY

9:33 PTG Edit This 0 Comments »
SEMOGA HARI KITA SENTIASA DIBERKATI.
MEMPEROLEH KEBERHASILAN YANG TOTAL.
SETIAP LANGKAH DISERTAI DENGAN DOA DAN KEINSAFAN.
MERENUNG DIRI DAN MEMAHAMI JIWA.
HIDUP TETAP DITERUSKAN, MENUJU KE DEPAN MENGGAPAI IMPIAN.
HANYA DENGAN BIMBINGAN DAN PIMPINANNYA.
AKAN TERCAPAI IMPIAN YANG PASTI.

BICARA TOMPINAI

8:55 PTG Posted In Edit This 0 Comments »
SAYA ADALAH MANUSIA

Kenapa saya berbicara seperti itu? Kenapa saya menyatakan lagi sedangkan memang pun saya manusia?. Saya melayari beberapa blog yang memaparkan pelbagai jenis cara penulisan dan dalam itu saya juga melihat ulasan-ulasan yang dibuat.

Bermacam jenis ulasan, ada pro dan ada yang buat tak tau je, juga ada ulasan yang mencabar penulis. Pasti si pengulas ini, samaada dia fahamkah atau pura-pura tidak faham. Ada juga yang merasakan gaya penulisan itu terlalu ilmiah dan apabila pengulas menyatakan ulasannya seakan-akan si penulis merasa tercabar pula. Inilah yang berlaku apabila mula menulis sesuatu yang pasti menarik pertanyaan.

Terdapat juga pengulas yang mencabar penulis sehinggakan pengulas itu cuba tidak memahami makna yang jelas. Ini satu percubaan untuk menjatuhkan kredibliti penulis itu. Seakan-akan pengulas itu memancing kemarahan penulis itu.

Bagi saya pula, ulasan yang bersifat serangan peribadi. Kalau diikutkan hati, panas juga tapi saya lihat dari sudut positifnya, saya jawap dengan halus manis. Akhirnya tiada lagi pengulas tanpa nama.

Maka itu, Saya adalah Manusia, punya perasaan, boleh rasa sakit, boleh tergugat emosi, boleh marah namun sebagai manusia, saya masih dapat mengawal diri.

BILA INI YANG TERJADI

10:58 PTG Posted In Edit This 0 Comments »
ARKIB : 22/06/2009 ( Utusan Malaysia )

SMS

KATA orang berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, begitulah sering diucapkan mereka yang menghadapi masalah rumah tangga.

Tidak kena pada hidung sendiri, maka kita tidak akan tahu, itu juga yang dilaungkan para isteri yang tercalar hati kerana sikap suami menduakan kasih.

Amy (bukan nama sebenar) berusia 25 tahun, baru dikurniakan seorang bayi berusia enam bulan hasil perkahwinan dengan lelaki yang dicintainya selama tujuh tahun semasa menuntut di universiti.

Berulang kali Amy menelefon saya untuk berbual tentang rumah tangganya, kebetulan panggilan ketiganya dapat saya layan. Hampir sejam kami berbual.

Banyak yang Amy luahkan dalam esak tangis dan ketawa yang menyimpan pelbagai kisah suka duka setelah baru setahun jagung bergelar isteri.

Jodohnya dengan lelaki yang dipanggilnya Ari kini goyah gara-gara suami kaki perempuan. Beratus-ratus kali berjanji akan ubah perangai, sayangnya tidak menjadi. Itu juga yang berlaku.

Kelahiran bayi sulung juga tidak membawa banyak perubahan sebaliknya kata Amy dia yang terus makan hati. Di rumah perangai suami lain, di belakang pula lain.

Apa kata, kita kongsi masalah Amy seperti yang diluahkan kepada saya. Begini kisah Amy:

"Sebelum bernikah suami seorang kaki perempuan, tapi dia berjanji akan berubah setelah kami berkahwin. Saya memilih dia kerana dia memahami saya, penyayang dan mengambil berat.

"Pelbagai dugaan saya lalui sebelum berkahwin dengannya. Kami berkenalan semasa menuntut di universiti. Masa hendak mendapatkan suami dulu saya terpaksa korbankan hati dan perasaan sebab perangai kasanovanya itu.

"Walaupun ramai yang ingin mendekati saya, tetapi hati saya kuat mengatakan dia jodoh saya. Setelah bercinta hampir tujuh tahun, akhirnya kami dinikahkan pada November 2007.

"Saya sangka inilah pemberian terbaik Allah SWT untuk saya. Gembiranya hati saya hanya Allah saja yang tahu. Bukanlah saya tidak mensyukuri apa yang Allah kurniakan, saya benar-benar bersyukur.

"Tetapi sudah takdir saya begini. Lima bulan selepas bernikah, saya disahkan mengandung. Hati saya sangat gembira kerana doa saya untuk menimang anak secepat mungkin dikabulkan Yang Maha Esa.

"Saya mengalami alahan teruk semasa mengandung. Suami menjaga saya dan kandungan dengan baik. Tidak nampak tanda-tanda dia mengabaikan saya.

"Namun dalam usia kandungan baru mencecah dua bulan saya mula menerima dugaan yang hebat. Suatu hari saya terbaca e-mel suami yang masih berhubung dengan rakan Internetnya, seorang jururawat yang mengajak suami saya tidur bersamanya!

"Bingung saya seketika sebab tidak percaya suami saya sanggup menerima dan mengirim mesej seperti itu. Hancur luluh hati saya saat itu. Saya menangis semahu-mahunya. Kami bergaduh besar. Saya adukan sikap suami kepada mertua.

"Mujurlah saya mempunyai mertua yang sangat baik. Mertua membantu menyelesaikan kekusutan yang berlaku dan menyelamatkan perkahwinan kami.

"Masuk enam bulan kandungan, suami terpaksa keluar daerah kerana urusan kerja. Saya memberi sepenuh kepercayaan kepadanya walaupun berat rasa hati untuk melepaskan dia berjauhan dengan saya sebab saya tahu dia akan berubah sikap apabila di belakang saya.

"Sepanjang berada jauh dari saya, setiap masa dia menghubungi saya. Namun pada waktu malam, khidmat pesanan ringkas (SMS ) dan telefon saya tidak berjawab.

"Kemusykilan mula timbul dalam hati. Apa yang sedang berlaku? Saya dapat rasakan yang dia melakukan perkara buruk di belakang saya.

"Tekaan saya betul. Sebaik dia pulang, saya terjumpa rakaman hubungan seks suami dengan seorang wanita di dalam telefon bimbitnya.

"Ya Allah, amat berat dugaan yang Engkau berikan padaku. Hancur hati saya melihat suami sendiri menjamah wanita lain. Saya menangis dan meraung.

"Di rumah kami bergaduh besar, saya menunjukkan telefon bimbit yang merakamkan aksi melampau itu. Dia buat-buat macam tidak bersalah dan cuba berbaik-baik dengan saya, sekali lagi kami hampir bercerai kerana saya tidak sabar lagi diperlakukan begitu.

"Demi memikirkan masa depan bayi yang bakal lahir kami berbaik semula. Disebabkan terlalu tertekan, saya telah bersalin lebih awal lima minggu.

"Melihat sendiri saya melahirkan dan kesakitan yang dialami, menyebabkan suami berubah baik seketika dan lebih menghargai saya. Sepanjang berpantang di kampung dua bulan saya berjauhan dengan suami tetapi hujung minggu dia datang menjenguk kami dua beranak.

"Saya gembira kerana sangka suami telah bertaubat. Sebaik kembali ke rumah sehabis pantang, saya telah dikejutkan lagi dengan cerita baru. Rupa-rupanya suami ada lagi satu telefon bimbit lain yang disorok.

"Setelah memeriksa, saya dapati semuanya nombor wanita dan SMS berunsur lucah. Sepanjang saya berpantang, rupanya, suami menjalin hubungan sulit dengan seorang jururawat.

"Saya berjaya menghubungi wanita tersebut dan menghentikan hubungan terlarang itu dan menghamburkan kata-kata kesat kepadanya kerana melayan suami saya.

"Belum pun sebulan reda kes itu, saya mendapat khabar suami ada skandal dengan kerani baru di tempat kerjanya. Saya juga berjaya menghubungi wanita tersebut, tetapi dia enggan mengaku.

"Di depan saya dia menyatakan tiada apa-apa hubungan dan berjanji menjauhi suami saya. Tetapi rupanya semakin hari mereka semakin intim.

"Keadaan rumah tangga kami semakin genting sebab kami selalu bergaduh. Dia nekad untuk bersama wanita itu walaupun terpaksa meninggalkan saya dan anak kami.

"Tiada pilihan, saya akhirnya reda dengan apa yang berlaku sebab tidak mahu anak tidak mendapat kasih sayang bapanya. Pada masa sama, suami terus rapat dengan wanita itu sebab mereka selalu berjumpa di pejabat.

"Saya hilang daya untuk menangani masalah ini tetapi akan kuatkan semangat menanganinya. Nampaknya menyalahkan wanita lain juga tidak patut sebab kadang-kadang suami kita juga pandai cucuk jarum, kata orang bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi.

"Air mata saya mengalir laju saat membaca semua SMS yang suami terima. Betapa murahnya wanita sekarang, boleh tawar diri untuk ditiduri oleh suami orang.

"Saya berdoa agar Allah SWT memberi kekuatan untuk saya menghadapi dugaan dan ujian hebat ini. Saya nekad, jika ditakdirkan jodoh saya sampai setakat ini, saya reda.

"Saya sanggup kehilangan suami yang tidak tahu menghargai isteri dan terus dijadikan barang mainan dalam rumah tangga.

"Kadang-kadang saya terfikir, anak yang saya lahirkan akan lebih sempurna hidupnya jika tidak mempunyai bapa seperti suami saya. Dengan kerjaya yang saya miliki, saya mampu memberi segala kesenangan kepadanya. Cuma yang saya tak mampu beri adalah kasih sayang seorang bapa.

"Kepada kaum wanita yang suka mengganggu suami orang, tolonglah hormat hak kaum sejenis anda. Jangan guris hati dan perasaan orang kerana satu masa nanti hati anda bukan setakat terluka malah akan terkoyak kerana perbuatan anda sendiri," Amy menutup cerita dengan kata-kata sinis.

Apa pun saya mengharapkan Amy akan terus tabah menjalani hidupnya bersama bayinya yang baru mengenal dunia serta berusaha menyelamatkan masjid yang dibina dengan kasih sayang dan rasa cinta.

Mengundur diri, pesanan saya, hidup tidak boleh hanya bergantung kepada soal hati dan perasaan kerana ada masa ia boleh menjahanamkan diri sendiri sebaliknya, kita harus memikirkan bagaimana menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan situasi yang dilalui. Salam

Bicara Tompinai: Yang kecewa dan Yang mengecewakan

10:38 PTG Posted In Edit This
Sudut Bicara Tompinai


Pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa Tompinai memilih tajuk ini. Adakah Tompinai kecewa atau adakah Tompinai mengecewakan? Siapakah yang mengecewakan Tompinai dan sebab apa kecewa? Mmm..Tompinai rasa bukan Tompinai kecewa. Bab-bab kecewa ini sudah lalu. Bagi Tompinai, pengalaman yang lalu telah mengajar Tompinai untuk menjadi dewasa, matang dan rasional. Kalau memang perlu Tompinai mengalaminya maka biarlah ia berlaku, kemudian berlalu kerana Tompinai hidup bukan untuk kecewa tapi hidup untuk menikmati anugerah yang Tuhan berikan kepada Tompinai. Opps...telebih sudah.

Berbalik kepada INTIPATI sebenar bicara Tompinai kali ini....Yang kecewa adalah mereka-mereka yang mengharapkan pengertian dan penyelesaian kepada masalah mereka. Mereka sedar siapa mereka. Mereka ini hanya orang-orang yang kecil. Orang-orang yang hanya sekali-sekala perlu bila pada waktunya. Pun begitu, kehadiran mereka ini amat diperlukan. Kewujudan mereka amat penting, hinggakan kalau mereka tidak datang atau muncul kerana masalah pengangkutan, kenderaan akan dihantar, siap dengan penginapan dan makan kalau yang dari jauh. Tetapi selepas beberapa sekian masa, maka mereka ini akan dilupakan. Seakan-akan kewujudan mereka tidak diketahui.

Apabila mereka meminta balas kasihan. Meminta perhatian. Meminta supaya diringankan masalah sanak saudara sekampung. Mereka sepertinya tidak dilayan. Pelbagai alasan diberi. Bagi Mereka yang mudah putus asa, terus tersungkur tetapi bagi mereka yang jenis muka tembok, akan terus berusaha,berusaha dan berusaha sehingga berjaya. Akhirnya mereka dapat yang mereka inginkan. Mereka ini merasa gembira, sekurang-kurangnya beban mereka menjadi ringan. Tapi harapkan cerah hingga ke petang, masalah lain pula membantai. Mereka tiada salah.Mereka tiada bantahan tapi kenapa pula 'MEREKA-MEREKA' buat seperti itu? Apakah mereka tidak layak? Kenapa perlu diberhentikan? Nah! jadilah mereka yang kecewa..

Kata manis bukan selalunya manis. Kata manis boleh menyejukkan tapi harus jaga-jaga kerana kata manis boleh melukakan. Lontaran janji-janji 1001 macam janji. Apa saja kamu minta akan diberi dan ditunaikan. Kalau terus membantu saya sehingga saya berada pada tempat yang baik, saya akan tetap menjadi kawan kamu. Segala keperluan, masalah kamu akan saya perhatikan. Ramai orang kanan saya yang akan membantu katanya dulu. Itu dulu, sekarang macam mana? Semuanya jumpa dengan Si A, Si A pula cakap jumpa dengan si B dan seterusnya. Kalau dulu, Kamu menjaga mereka, memerhati mereka tapi kenapa sekarang seperti itu..Maka itu jadilah kamu yang mengecewakan. Mengecewakan mereka-mereka yang sentiasa mempertahankan kamu, yang sentiasa mengagungkan kamu dan sampai ada yang sanggup menggadai nyawa hanya untuk kamu tetapi sekarang sikitpun kamu tidak peduli.

Ada yang cuba membantu menjadi penjernih tetapi tidak dipercayai malah dicurigai. Teguran dianggap penentangan dan kritikan dianggap lawan tuan. Tapi sedarkah, semua itu dilakukan kerana rasa hormat dan sayang, tuntutan perubahan dan pendekatan. Itu saja, tidak lebih.

Sampai bilakah keadaan ini berterus...adakah selagi kita bergelar manusia????

DALAM KENANGAN: BAPA YANG DIKASIHI

12:53 PG Posted In Edit This 2 Comments »

Taising Lumbating
28/12/1940 - 28/04/2009

Bapa,
Kasih Sayangmu masih terasa,
Cintamu masih membara.
Katamu masih dipegang
Nasihatmu masih dituruti

Bapa,
Cintamu menggembirakan kami,
Kasih Sayangmu menyatukan kami,
Doa-doamu membimbing kami,
Ketabahanmu menguatkan kami.

Bapa,
Tunjukajarmu memandu kami
Suara lembut melenakan kami
Belaianmu mendodoikan
Gendonganmu mententeramkan jiwa.

Bapa,
Walaupun tidak bersama kami lagi
tapi Kasih Sayang tetap kekal dalam jiwa kami.
Walaupun sudah jauh disana
Namun cinta itu tetap terjalin.

Bapa,
Terima Kasih atas doa-doamu
Terima kasih atas nasihatmu
Terima kasih atas teguranmu
Terima kasih atas doronganmu
Terima kasih atas kesabaranmu
Terima kasih atas usahamu
Terima kasih atas Kasih Sayangmu
Terima Kasih atas Cintamu
Dan kerana semua itu,
Kami menjadi seorang manusia.

SELAMAT HARI BAPA