PMR: berjaya atau tidak

12:47 PG Edit This 0 Comments »
Hari ini keputusan PMR keluar. Ramai pelajar lepasan tingkatan 3 yang tidak sabar untuk mengetahui keputusan. Apa pun yang mereka perolehi menjadi penentu kepada masa depan mereka. Saya percaya ramai pelajar telah membuat perancangannya. Ada yang ingin meneruskannya di sekolah asal dan ada juga yang ingin ke sekolah teknik. Tidak kurang juga yang ingin ke MRSM.
Saya percaya juga yang para pelajar ini faham, apa pun keputusan yang mereka perolehi,itulah yang mereka usahakan selama ini. Semakin tekun mereka berusaha semakin baik keputusan yang mereka perolehi. Segala-segala terletak di tangan mereka. Kami guru-guru hanya mampu untuk mendorong,menasihati dan menunjukkan jalan tetapi keputusannya di tangan pelajar semua.
Pasti ramai yang akan menitiskan air mata,sama ada air mata gembira atau sedih, tidak pasti. Ada juga yang sudah berkira-kira untuk menuntut janji ibu bapa kalau sekiranya berjaya.
Ibu bapa atau penjaga turut sama datang untuk mengambil keputusan anak mereka. Pastinya harapan ibu bapa ini sangat tinggi.
Kepada ibu bapa, jangan terlalu emosi apabila melihat keputusan anak-anak. Jangan sampai anak-anak ini merasa seperti tidak berguna atau tidak pandai. Kesalahan itu biarlah dikongsi bersama. Cuba tanya diri sendiri, selama ini, adakah ibu bapa memberi perhatian kepada pelajarannya, adakah ibu bapa memberi tumpuan yang sama?. Tanya diri. Mungkin kita ibu bapa terlalu sibuk dengan mencari wang, semata-mata untuk memenuhi keperluan keluarga tetapi itu bukan alasan. Terimalah semua itu dengan hati terbuka. Jangan menyalahkan sesiapa.
Kami, guru-guru hanya melihat. Kami gembira kalau sekiranya anak didik kami mendapat keputusan yang baik dan kami sedih kalau anak didik kami tidak berjaya. Kami akan berbincang, mencari dan bertanya apa masalahnya sehingga ada yang gagal. Itulah persoalan yang sentiasa menghantui kami. Kami tidak meminta apa-apa sebagai balasan untuk apa yang kami usahakan.Kami hanya minta supaya kami tidak di persalahkan dalam setiap kegagalan anak didik kami. kami sendiri tidak mahu ada yang gagal. Sekuat mana usaha kami kalau sekiranya tidak ada sokongan ibu bapa dan juga dari pelajar sendiri, ia tidak akan berjaya.
Oleh itu, saya mengucapkan tahniah kepada yang berjaya dan teruskan usaha kepada yang gagal, peluang masih ada untuk kamu berjaya.

0 comments: