SEBENTAR YA...baca dan fikir.

11:48 PG Posted In Edit This 2 Comments »
Artikel ini saya baca di majalah mastika. Artikel sudut senyum pisang. Walau pun ia humor tapi pengertiannya amat baik..

Seorang lelaki duduk di depan garaj keretanya apabila hujan mula menitis. Semakin lama, semakin lebat, air mula melimpahi longkang besar di depan rumahnya, lalu jadilah banjir kilat. Air terus naik hingga akhirnya sampai ke garaj tempat lelaki itu berada.

Sejam kemudian, sebuah bot penyelamat datang. Pasukan penyelamat itu bertanya, " Encik nak bantuan, tak?".

" Tak perlu! Tuhan akan melindungi saya," jawab lelaki itu sambil berdiri di dalam air yang sudah paras lututnya. Hujan terus lebat. Dua jam selepas itu, Ketika lelaki berkenan sedang berdiri di atas beranda, datang lagi sebuah bot penyelamat.

" Encik nak bantuan, tak?" tanya anggota pasukan penyelamat itu.
" Tak perlu. Tuhan akan melindungi saya!' jawab lelaki berkenan sambil tersenyum.
Hujan turun mencurah-curah. Tiga jam berlalu, ketika lelaki itu berdiri di atas bumbung rumahnya, sebuah helikopter sampai dengan membawa sepasukan anggota penyelamat.

" Mari kami selamatkan encik! banjir makin teruk, nanti encik lemas!" jerit pasukan penyelamat dari dalam helikopter.

Lelaki itu tetap menolak. " tak apa, Tuhan akan lindungi saya!"

Empat jam kemudian, air naik lagi dengan diiringi ribut dan petir. Akhirnya, rumah lelaki itu runtuh dan dia dihanyutkan banjir. Lelaki itu terkapai-kapai, dan ketika nafasnya tercungap-cungap hampir mati, lelaki itu sempat memarahi Tuhan.

Dalam hatinya, lelaki itu menyumpah, " Tuhan! Aku sayangkan Engkau, tapi Engkau tak selamatkan aku?!!!"

Tiba-tiba lelaki itu terdengar satu suara, " bukankah tadi Tuhanmu sudah hantar dua buah bot dan sebuah helikopter untuk menyelamatkan kau?'


Nota: Fikir2lah..apa moral cerita ini.

2 comments:

IsOn berkata...

Inilah golongan orang2 yang fikir dia lebih bijak dari Tuhan.

NONG berkata...

HAHAHA...
Orang taksub baini Ison.