HUJAN OH HUJAN

2:18 PTG Posted In Edit This 8 Comments »

Hujan turun tidak berhenti sejak dari petang semalam menyebabakan, beberapa kawasan di daerah Kota Marudu dinaiki air. Keadaan ini menyebabkan rasa risau timbul, takut berulang peristiwa banjir awal tahun 2008. Kegiatan harian terganggu. Kebanyakan orang berfikir,kalau hujan ini tidak reda pasti banjir akan berlaku. Memang dah pobia orang-orang kota marudu ni. Kalau selalu kena banjir tak apa sebab dah biasa, ni sekali sekala..satu lagi, mana nak cari tempat yang sesuai untuk mengelak banjir. Kebanyakan penempatan di kawasan ini terletak di kaki bukit. Ramai yang mengharapkan agar banjir tidak berlaku. Kami, warga pendidik di SMK Kota Marudu telah mula membuat pemindahan buku2,fail2,alatan dan macam2 lagi ke tingkat atas. Nanti kalau tak buat, pasti kelam kabut kalau banjir datang. Kalau kejadian banjir tahun 2008, 3 kali sekolah kena banjir. Lepas banjir pertama, kami bergotong royong bersihkan sekolah, sekolah dah dibersihkan, banjir melanda lagi untuk kali yang kedua. teruk.. nak buat apa lagi. Akhirnya pembersihan dibuat selepas yang ketiga kali itu pun masih was-was, kalau banjir lagi.. pasti pening kepala. Apa-apa pun, harap hujan tidak berterusan. nanti merentas desa hujung ni tak jadi..he..he.. hujan-hujan... kadang baik, kadang menyusahkan...

8 comments:

NONG berkata...

Apa buleh buat geng...adat dunia.

SURUPU berkata...

Hujan merupakan rahmat ilahi yang memberi banyak pengertian. Hujan turun menandakan cuaca dunia terlalu panas dan perlu disejukkan oleh air. Hujan ini akan menyejukkan kita.

SweetChild berkata...

sediakan payung sebelum hujan hehehehe

SweetChild berkata...

sa jadi follower ko aaa hehehe ko pun jadi la follower sa :)

Tanpa Nama berkata...

Hujan yang turun bagaikan mutira...teringat lagu Sudirman

TOMPINAI berkata...

kudingking, you are the most sentimentel person...always remember the old song...

Carl S. Adun berkata...

Hujan...banjir...tanah runtuh...tension butul...klu sia travelling dari tambunan ke kk ( as I'm travelling to & fro on weekends attending my lectures at ums)selalu klu mcm sikarang nie tanah runtu la numbur satu - terutamanya di jal moyog tambunan & area gunung emas. Klu di Kota marudu dlu...banjir pla...aiee the nature is taking its course...

Sang Kancil berkata...

janganlah dimarah hujan. hujan-hujankan enak,sejuk.tidur pun lena.....