SMK KM: MERENTAS DESA.

9:01 PTG Posted In Edit This 3 Comments »

KOTA MARUDU : Acara merentas desa terpaksa di teruskan walaupun keadaan cuaca tidak menentu. En.Josil Kiduta, Setiausaha MSS SMKKM, berkata acara ini tetap diteruskan tetapi melalui laluan baru. Laluan lama tidak dapat digunakan disebabkan ada beberapa bahagiannya telah dinaiki air. Oleh itu, sebagai alternatif plan B terpaksa digunakan. Menurut beliau lagi, pertandingan merentas desa peringkat daerah akan berlangsung pada selasa depan, jadi mahu tidak mahu kena jalankan juga. Acara merentas desa kali yang ke 9 ini telah dijuarai oleh Rumah Sri Marudu. Seramai 40 orang peserta yang berjaya menduduki 10 teratas setiap kategori telah dipilih mewakili sekolah ke peringkat daerah nanti. Puan Tan Poo Choo, pengetua SMK KM dalam ucapan penutupannya menyatakan rasa gembiranya kerana acara ini berjaya dijalankan tanpa sebarang insiden. Beliau juga berharap peserta yang terpilih mewakili sekolah, membuat persediaan sebaik mungkin bagi peringkat daerah. Beliau juga amat berbangga dengan komitment penganjur kerana berusaha untuk menjalankan acara ini.

3 comments:

SURUPU berkata...

Saya sangat kagum dengan tompinai di atas usaha anda menyediakan sedikit info sukan SMK KM. teruskan perjuangan tuan untuk nusa dan bangsa.

MARUDU BLOGGERS berkata...

Tahniah...
SEKOLAH IMPIAN

Kopungit Gawir berkata...

geng.. nanti kami guna foto anda utk tujuan baik.